Kata
ustazah...
“Salah
satu syarat untuk mencari hubungan yang diredhai ALLAH ialah dengan menjaga
kemaluan. Jangan sesekali membiarkan kemaluan terjerumus ke lembah maksiat
kerana hubungan antara suami isteri akan bermula daripada percintaan yang
diredhai ALLAH. Sekiranya pasangan kekasih itu mencemarkan hubungan itu dengan
maksiat maka bagaimana kita akan dapat keredhaan ALLAH? Jagalah kemaluan kamu
kerana itu adalah lubuk nafsu. Manusia akan hilang kewarasan kerana lubuk nafsu
itu.”
Ogos
2000
“Tolong...!!!”
jeritan itu kedengaran jelas berselang seli dengan bunyi tawa beberapa lelaki.
Masing-masing berkumpul mengelilingi gadis itu. Masing-masing keseronokan
bagaikan menyaksikan sarkas.
Aku
terus menyaksikan di sebalik rimbunan semak samun. Untuk melarikan diri aku
amat takut dan untuk membantu apatah lagi. Aku hanya terpaku di situ mendiamkan
diri dan memandang perbuatan jahanam lima lelaki itu beberapa orangnya sempat
aku kenali wajahnya. Salah seorangnya adalah Zaki anak kepada Pakcik Zamberi.
Rumahnya tidak jauh daripada rumah ku.
“Tolong
jangan buat aku macam ni!!! Apa dosa aku pada korang??” soalan itu seperti
kedengaran seperti sang perempuan itu sedang benar-benar tersiksa. Namun bagi
lelaki-lelaki bajingan itu hanya satu jenaka kepada lelaki-lelaki itu. Mereka
terus tertawa dan keseronokan melihat gadis yang tidak berdaya itu. Semakin
gadis itu meminta tolong semakin bermaharaja lela iblis di hati mereka.
Ha!
Ha! Ha! Ha! Mereka berlima terus ketawa suka sedangkan Syuhadah meronta-ronta
untuk melepaskan diri. Sebahagian tubuhnya sudah tidak berpakaian dan begitu
juga dengan lelaki-lelaki itu.
“Jangan!!!!!
Tolonglah!!!! Ya ALLAH....!!!” Syuhadah menjerit kuat. “Jangan!!!!” semakin
lantang jeritan Syuhadah. Esakannya bergema di segenap belukar itu.
“Diam!!!”
jerkah sang lelaki keras. Lelaki yang lain ada yang menahan tangan si gadis ke
tanah dan dua lagi lelaki membuka kedua-dua kaki gadis malang itu agar mudah
temannya menjadi orang yang terkutuk.
“Jangan,
Zaki!! Jangan buat aku macam ni. Apa dosa aku pada kau!!!” dalam jeritan itu
sang gadis merayu secebis perikemanusiaan lelaki itu. Namun seketika kemudian
jeritannya terkulum kerana mulutnya ditutup oleh teman Zaki.
“Aku
ajak buat elok-elok kau taknak! Kau caci aku macam anjing. Sekarang kau rasa
sendiri!” bentak Zaki kasar.
Aku
terus memandang dengan deraian air mata. Aku teresak di dalam senyap dengan
tangan yang menekup kuat mulut kerana aku bimbang jika esakan ku terlepas dan
akhirnya mereka mengetahui kewujudan aku di situ. Namun melihat bagaimana gadis
itu diperlakukan oleh lima lelaki itu hati ku amat tersiat diantara kepiluan,
kengerian dan ketakutan yang teramat sangat. Hanya lelehan air mata sahaja yang
dapat mengambarkan betapa tersiksanya aku melihat Syuhadah diperlakukan seperti
binatang. Aku benar-benar mahu membantunya tetapi aku ketakutan. Aku hanya
sendirian sedangkan lelaki itu ada lima orang untuk aku kalahkan. Jadilah
pengecut yang terketar-ketar bersembunyi di celahan semak itu sedangkan
Syuhadah memerlukan aku untuk membantunya daripada disiksa tanpa belas kasihan
oleh lelaki-lelaki itu. Mereka bergilir-gilir memperlakukan Syuhadah seperti
binatang.
‘Aku
pengecut!’ hati ku meraung sekuatnya.
Alangkah
bajingannya mereka kerana ada di antara lima lelaki itu aku kenali. Ada yang
sekampung dengan kami dan kami saling mengenali selama ini. Tergamaknya dia
menganiaya Syuhadah seperti itu. Aksi jijik serupa binatang itu tidak sanggup
ku pandang lagi. Aku menggigil di situ dengan mata yang dilindungi oleh
kedua-dua tangan ku.
Tangisan
Syuhadah semakin perlahan. Lolongannya juga sudah kelayuan. Hanya erangan
suaranya yang sedang kesakitan kedengaran. Namun erangan itu juga semakin lama
semakin tenggelam hingga penghabisannya Syuhadah diam kaku di situ.
“Wei!!
Dia mati ke?” soal salah seorangnya.
“Entah!”
jawab entah siapa di antara mereka.
“Biar
dia mati. Kalau dia hidup nanti dia bocorkan rahsia kita pada orang..” itu
suara Zaki yang aku kenali.
“Blah
la woi!! Mampus kita kalau ada orang nampak!” aku sempat terdengar nada
kegelabahan salah seorang dari mereka.
Tidak
sampai seminit kesemua mereka mengenakan semula seluar dan melarikan diri
meninggalkan Syuhadah di situ. Selepas aku yakin lima lelaki itu sudah
melarikan diri barulah aku keluar dari tempat aku bersembunyi. Aku terus
menerpa kepada Syuhadah untuk membantunya. Tetapi sebaik sahaja aku memangkunya
aku dapati dia sudah kaku. Matanya tetap terpejam walaupun aku terus
memanggilnya.
“Syuhadah!!”
aku menggerakkannya lagi. Namun dia terus kaku.
“Syuhadah,
bangun!! Jangan buat aku macam ni. Aku minta maaf..” rayu ku dalam kekalutan.
Namun rayuan ku tidak merubah apa-apa. Mata Syuhadah tidak terbuka sedikit pun.
Tanpa dapat ku tahan kesedihan ku aku menangis mengongoi di situ. Jasad kaku
itu aku pangku dengan deraian air mata. Aku tahu Syuhadah mungkin sudah tiada.
Alangkah peritnya untuk aku menelan hakikat itu. Syuhadah dalam kesusahan dan
aku bacul membiarkan dia disitu tanpa membantunya. Aku hanya menyaksikannya.
Aku
bacul!
Aku
pengecut!
Aku
tak berguna!
“Syuhadah!!”
aku meraung sekuat-kuat hati ku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan