Di tingkat bawah bangunan agensi itu aku bertemu dengan
Max. Dia duduk bersembang dengan gadis penyambut tetamu di lobi pejabat itu.
apabila menyedari aku sudah tiba dia segera bertanya. “Dah ambil cek ke?”
Aku hanya mengangguk sambil melayangkan cek yang masih
berada di tangan ku itu. “Kayalah kau sekarang ya? Jom balik. Aku pun dah takde
kerja ni. Kita lepak kedai Barakah nak?” ucap Max bersama pelawaan itu. Aku
terus mengangguk akur dengan hati yang senang.
Di dalam kereta kami lebih banyak berbual tentang perkara
yang remeh temeh. Max lebih senang bercerita tentang kekasihnya dan aku juga
mula tertarik untuk mengetahui sedikit sebanyak tentang latar belakang gadis
yang bernama Rita itu. Tanpa sedar kami akhirnya tiba di tempat biasa kami
melepak. Di situ aku memilih untuk memesan makan tengahari memandang aku masih
belum makan. Sementara menunggu bangla kedai itu membawakan nasi kandar yang ku
pesan aku menghirup sedikit demi sedikit nescafe tarik yang masih panas.
“Apa Bernice cakap dengan kau tadi?” soalan Max itu terus
menerpa ke gegendang telinga ku saat aku ralik meniup air itu. Perbuatan ku itu
terus terhenti dan wajah Max ku pandang.
“Dia offer aku jadi anak ayam dia. Tidur dengan Jeremy
semalam dapat sepuluh ribu..” kata ku. Spontan terbeliak mata Max mendengar
itu. Reaksi yang entahkan dibuat-buat atau memang dia tidak tahu yang Bernice
cuba memerangkap aku.
“Habis tu kau kata apa dengan dia?”
“Aku cakap tak naklah! Aku bukannya pelacur kelas
atasan!”
Max terdiam seketika. “Melampau betullah Bernice ni..”
degusnya setelah berdiam seketika. Aku hanya tersenyum sedikit. Baru kau tahu
dia tu melampau? Bisik hati ku mengejeknya dalam diam. Selama ini dia tahu
perbuatan terkutuk Bernice itu namun dia hanya diam sahaja. Mungkin kerana dia
hanya makan gaji jadi dia tiada hak untuk menegur atau dia sendiri pun
menumpang tuah sama.. siapa tahu?
“Jadi yang kau berlama-lama dengan dia tu apa lagi dia
cakap dengan kau? Dia tak marah ke kau tolak Jeremy tu?” tanya Max lagi.
“Dia marah tu taklah. Tapi adalah dia takut bila aku ugut
nak report polis kalau dia terus buat aku macam tu. Lepas tu dia nasihatkan aku
supaya jangan sia-siakan peluang baik ni kalau nak jadi model antarabangsa.
Salah oranglah dia bercakap! Dia ingat aku ni budak hingusan agaknya. Lagipun
aku memang takde impian nak jadi model antarabangsa lagi. Aku nak stay kat sini aja,” jawab ku tanpa
memandang Max.
“Kau baik-baik sikit dengan Bernice tu. Dia tu memang
macam tu. Bukan kau aja yang dia offer macam tu tapi ramai lagi. Jeremy tupun
bukan dengan kau aja dia dah buat macam ni. Semua yang cantik kat mata dia
semuanya dia sapu. Cuma dengan kau dia tak dapat sebab kau ni liat sikit,”
komen Max perlahan.
“Aku ingat kau pun sama macam diorang?” sindir ku kepada
Max. Max terus memandang ku. Tetapi tidak pula dia marah atau terasa dengan
sindiranku itu.
“Kita kena pandai jaga diri dengan orang macam ni. Aku
tak ganggu kerja dia sebab tu dia senang dengan aku. Tapi kau tu memang dah
menarik minat dia semenjak mula kau kerja dengan dia waktu kau nak ke Ireland
dulu. Cuma waktu tu kau nak sambung belajar sebab tu dia tak berani nak kacau
kau lebih-lebih. Kau ingat siapa yang nak sangat kau sambung kontrak kat sini
kalau bukan si Bernice tu? Dia memang dah lama nak kau sebab dia anggap kau ada
potensi besar dan boleh bagi duit pada agensi dia..” terang Max jujur.
“Dan kau pun sokonglah tindakan dia tu?” ucap ku dengan
rasa jengkel.
“Aku kawan kau. Selagi aku boleh jaga kau aku akan buat,
Rina. Kau ingat aku suka ke dia buat orang macam tu? Aku ni cari makan. Tapi
kalau boleh janganlah sampai aku bermasalah..” jawab Max pula. Wajah ku
dipandang lama olehnya.
“Jadi kau anggap tindakan aku menolak Bernice tu bagi kau
masalahlah?”
“Bukan macam tu. Tapi kali ni dia tak dapat dia akan cuba
lagi. Itu dia punya perangai yang aku kenal. Kau kena hati-hati dan pandai jaga
diri kalau kau nak selamat..” pesan Max lembut. Apa yang aku dengari kali ini
kata-katanya itu kedengaran ikhlas.
Aku terus terdiam mendengar kata-kata Max itu. Lama aku
berfikir sehingga nasi yang aku pesan dihidang oleh mat bangla kedai Barakah
itu. Melihat hidangan sudah tiba persoalan mengenai Bernice hilang serta merta.
Sesuai dengan perut yang sudah berkeroncong makanan itu ku jamah tanpa berbual
lagi dengan Max. Restoran Barakah ini sememangnya bukan hanya menyediakan roti
canai yang enak tetapi juga nasi kandarnya. Kari lembunya sememangnya
bertepatan dengan selera ku. Sebenarnya aku bukannya suka sangat dengan masakan
utara ni tetapi yang di kedai ini memang aku suka. Makan hari-hari pun aku
lalu.
Namun dalam pada aku sedang berselera menikmati makanan
tiba-tiba aku terpandang lagi lelaki yang suka merenung ku itu. Dia sedang
berdiri di hadapan kaunter seperti sedang menanti sesuatu. Apabila pandangan ku
terhala kepadanya dia terus mengalihkan pandangan. Meluat aku melihat gelagat
lelaki itu. Tadi pandang.. bila kita pandang dia, dia buat-buat pandang tempat
lain pulak! Protes hati ku geram. Setelah membuat pembayaran lelaki itu berlalu
bersama dengan sebuah plastik bag yang mengandungi bekas polistrin. Aku
mengagak dia baru selesai menapau nasi di kedai itu. Pelik! Di mana dia
tinggal? Selalu benar aku melihat dia di sini. Apa yang dia buat? Kenapa setiap
kali kami bertemu dia tidak akan melepaskan peluang memandang aku? Aku kenal
dia ke sebelum ni? Rasanya tak kenal!
Ah! Pedulilah.. lantaklah dia nak buat apapun. Bukannya
kedai ni aku yang punya. Dia nak datang seratus hari sekali pun apa kena
mengenanya dengan aku! getus hati ku mula geram dengan diri ku yang senang
benar memikirkan tentang lelaki itu. Pergi matilah dengan dia!
Sireh pulang ke gagang..
Hari ini aku memang lapang sekali kerana aku tidak
terikat dengan mana-mana pertunjukkan. Jadi setelah selesai mengemas rumah
sewaan aku hanya melepak menonton tv sahaja tengahari itu. Hari itu aku hanya
sendirian di rumah kerana Max ada kerja di tempat lain dan yang lain pula
berkerja seperti biasa. Mungkin petang atau malam barulah mereka pulang. Bosan
dengan rancangan tv yang tidak menarik aku akhirnya terlelap di ruang tengah
itu. Aku hanya terjaga apabila dikejutkan Boy setelah dia pulang dari kerja.
“Woi perempuan! Kau ni sedap aja membuta. Jeles aku
tengok kau ni. Orang lain kerja tapi kau free.
Orang lain belum gaji tapi kau sentiasa kaya..” aku dikejutkan dengan jerkahan
Boy itu.
Aku terpisat-pisat bangun dari tidur ku apabila deria ku
diterjah lantunan suara yang meninggi tiba-tiba itu. Berkali-kali aku gosok
mata yang terasa pedih. Tidak tahu sudah berapa lama aku terlelap di sofa itu.
Saat aku perhatikan sekeliling hanya Boy yang aku nampak di ruang tamu itu. Dia
duduk di sofa lain sambil membuka stokingnya. “Kau baru balik ke?” soal ku agak
lemah. Masih dikuasai kantuk yang masih melekap di mata.
“Yelah.. takkan baru nak pergi. Dah petang ni kau tahu?
Kau membuta kat sini dengan skirt singkat macam tu lepas tu pintu depan tu tak
kunci. Kain kau tu terselak kau langsung tak sedar. Kalau orang masuk sini
sia-sia aja kau kena rogol. Nanti tak pasal aku kena temankan kau pergi balai
polis pulak..” Boy meneruskan ‘kemerapuannya’ sambil tergelak.
Aku mendecit geram mendengar bicaranya itu. Kurang ajar
punya Boy! “Grill tu aku kuncilah..”
desis ku dalam mamai yang masih bersisa.
“Memanglah kau kunci grill
tapi pintu tu kau tak tutup. Pagar depan tu pun tak kunci. Kalau orang masuk ke
halaman rumah ni sedap diorang tengok kau tidur kat depan ni dengan pakaian kau
yang macam ni. Kau ingat setakat pad lock
tu orang tak boleh bukak ke? Apalah kau ni, Rina. Kalau aku lelaki memang aku
dah rogol kau tadi. Seksi sangat..” ucap Boy sambil tersengih memandang ku.
Geram dengan jenaka yang tidak kena tempat itu aku
menjeling sepupu Max itu. “Kau nak rogol aku pakai apa?” ejek ku geram. Dia pun
perempuan macam aku ada hati dia mahu melakukan perkara itu kepada ku. Tidak
sedar diri agaknya perempuan ini!
Boy tergelak kecil. “Kau dah makan?” soal Boy kemudian.
Aku hanya menggeleng.
“Kita pergi Barakah nak tak? Aku macam dah lapar ni..”
ajak Boy.
Mendengar nama kedai itu aku segera teringatkan
kelembutan roti canai dan kesedapan kuah karinya. Sesuai dengan perut yang
masih belum diisi dan kegilaan kepada roti canai buatan penebar roti dari India
di kedai itu aku lantas mengangguk.
“Pergilah mandi. Aku pun nak mandi dulu..” putus Boy
setelah melihat anggukan ku.
Kami segera berpisah arah. Dia ke biliknya dan aku ke
bilik ku. Selesai mandi aku memilih untuk mengenakan seluar pendek separas
lutut jenama Padinni Authentic dan sehelai t’shirt body haging juga dari butik
yang sama. Rambut panjang ku yang sedikit ikal di hujung itu ku biarkan lepas
kerana masih belum kering sepenuhnya. Sempat aku kenakan secalit pewarna bibir
dan bedak padat sebelum melihat diri ku semula di cermin. ‘Alah! Setakat nak ke
kedai mamak buat apa nak make up
sangat? Bukannya aku nak menggoda bangla kat kedai tu..’ bisik hati ku. Setelah
selesai bersiap aku lihat Boy sudah berada di luar rumah sambil menyedut batang
rokoknya. Rambutnya yang disapu krim rambut kelihatan berkilat. Apabila berdiri
di sebelahnya bau krim rambut itu benar-benar menyengat deria ku. Berapa
kilolah diletaknya krim rambut itu dikepalanya? Sempat lagi hati ku menyoal
sendiri.
Melihat aku sudah bersedia Boy terus melangkah
meninggalkan halaman rumah itu. Aku sempat memeriksa telefon bimbit ku
sementara menunggu Boy mengunci pintu pagar. Beberapa jam tidak duduk
berdekatan dengan gadjet itu aku dapati ada beberapa kali panggilan masuk yang
tidak ku jawab dari nombor yang tidak aku ketahui siapa pemiliknya. Dan ada
juga sms yang tiba kira-kira dua jam lalu menanya tentang khabar ku.
“Kau tahu ke siapa punya nombor ni?” aku unjukkan Boy
telefon ku meminta dia mengenal pasti siapa si pemilik yang menelefon ku
berkali-kali itu. Mana tahu dia kenal dengan nombor itu. Boy hanya menggeleng
sahaja setelah meneliti nombor itu. Menyedari aku tidak mengenali si pemilik
nombor aku memilih untuk membiarkannya sahaja. Malas aku mahu membazirkan masa
untuk menelefon semula.
Setiba di restoran Barakah aku lihat kawasan luar sudah
dipenuhi oleh meja yang sudah dibuka oleh pekerja-pekerja restoran. Seperti
kebiasaannya aku dan Boy memilih untuk duduk melepak di kawasan luar yang
sebahagiannya sudah dipenuhi oleh kaum Adam. Aku juga lebih suka duduk di luar
kerana hidung ku alah dengan asap rokok. Boy pula memang seorang perokok yang
tegar.
Namun sebaik sahaja aku tiba aku sudah merasa tidak
selesa apabila diri ku diperhatikan oleh kebanyakan pemuda-pemuda di situ malah
apabila aku duduk ada terdengar siulan nakal mahu menarik perhatian ku. Setelah
duduk sementara menanti kedatangan bangla si pelayan aku terdengar pula siulan
nakal itu datang dari meja yang paling hampir dengan ku. Aku buat-buat sibuk
menelek telefon ku namun mulut ku menyumpah perlahan. “Jantan sial! Kurang
ajar! Tak tahu orang datang nak makan agaknya! Hilang selera aku nak makan..”
betapa bencinya aku dengan kelakuan lelaki persis itu. Tidakkah lelaki sedar
yang wanita lebih menyukai lelaki yang bersopan di hadapan wanita dan bukannya
yang menunjukkan kelaku seperti itu.
“Buat tak tahu aja..” nasihat Boy perlahan. Cuba
menenangkan aku yang sudah tidak selesa. Dari riak wajahnya dia juga tidak
selesa namun dek kerana kami sedang lapar terpaksalah kami menahan sabar. Jika
tidak saat itu juga aku sudah mengajaknya berambus dari situ!
Tetapi seketika kemudian apabila menyedari kedatangan
bangla pelayan aku mula mengangkat pandangan kepada lelaki itu. Lelaki itu
tersenyum kepada ku dan aku membalas kerana kami sudah mengenalinya semenjak
mula menjejakkan kaki ke restoran ini.
“Makan apa, adik manis?” soal mamat bangla itu.
“Macam biasa..” jawab ku dengan memaksudkan roti canai
kosong dengan kuah kari dan nescafe tarik kegemaran ku. Setelah mendapat
pesanan Boy lelaki bangla itu berlalu. Saat itu apabila pandangan mata ku yang
tadi telah dihalang oleh tubuh bangla yang berdiri di hadapan meja itu mula
terkesan seorang lelaki yang duduk sendirian. Lelaki itu yang duduk menghadap
ke arah meja ku itu sedang memandang ku. Lama pandangan mata ku bertaut
kepadanya dan dia juga enggan mengalihkan pandangannya dari menjamah wajah ku.
Berdetak hebat dada ku kerana wajah lelaki itu benar-benar mengingatkan aku
kepada hero drama tv kesukaan ku iaitu Hawaii Five 0 yang disiarkan di saluran
AXN. Pelakon lelaki itu adalah pelakon kelahiran Carribien yang bernama Alex
O’loughlin. ‘Alamak hensemnya. Putera raja ke ni? Atau orang bunian..” detik
hati ku yang tiba-tiba terusik.
Aku tunduk dan mengerling Boy di sisi ku. “Boy, mamat
yang duduk dekat dengan tangga tu hensem gilalah. Sejibik macam muka Steven Macgareth..” gumam ku perlahan. Tetapi
seketika kemudian aku mula tersedar. Semenjak bila pula aku suka memberi
perhatian kepada lelaki biar sehensem mana pun lelaki itu? Adakah kerana dia
seiras Steven Macgareth maka aku mula memberi perhatian kepada dia? Oh! Tidaklah..
Boy terperasan aku berkata sesuatu kepadanya lantas
mendekatkan dirinya kepada ku. “Kau kata apa?” soalnya dengan mimik bagaikan
orang pekak.
“Mamat yang duduk seorang dekat dengan tangga tu tengok
aku..” balas ku menukar kenyataan ku.
Boy memandang ke arah yang aku maksudkan. Riak wajahnya
segera berubah apabila melihat lelaki yang aku maksudkan. Kemudian dia kembali
memandang ku. “Kau suka lelaki tu ke? Lelaki ni bukannya boleh percaya. Kaukan
tak suka lelaki?” katanya tidak senang. Ada sebahagiannya seakan mengingatkan
aku dengan pendirian ku selama ini. Mata Boy memandang lagi lelaki yang
memandang sahaja kami di situ. Aku diam lantas memandang ke arah lain. Ya!
Memang aku benci lelaki. Lelaki ni bukannya boleh dipercayai. Setakat ini aku
belum lagi diketemukan dengan lelaki jenis itu. Yang ada hanya yang bersiul
nakal seperti tadi. Kalau yang tidak begitu tampan seperti Jabar juga tidak
boleh dipakai apatah lagi yang tampan seperti itu?
“Kau cantik sangat sebab tu semua lelaki pandang kau. Kau
pakai simple macam ni pun ramai nak
pandang kau..” komen Boy. Dia tersenyum sambil merenung ku yang memandang ke
arah jalan enggan memandang ke arah lelaki itu.
“Nanti aku pakai macam pengemis. Sure takde sape nak nak pandang aku..” komen ku hambar. Boy atau
nama sebenarnya Anita hanya tergelak. Meluat benar aku dengan keadaan yang aku
alami saat ini. Meluat mengenangkan siulan nakal lelaki-lelaki sebentar tadi.
Meluat dengan renungan tidak henti-henti lelaki itu. Bukan itu yang aku mahukan
dari seorang lelaki. Eh! Aku mahukan lelaki ke? Tadi bukankah aku katakan yang
aku bencikan lelaki? Ya! Mungkin aku bencikan lelaki kerana kisah lalu ku itu
tetapi masih terselit sedikit ruang di dalam diri ku yang mahukan kehadiran
seorang lelaki yang baik untuk ku. Namun sayangnya aku masih belum boleh
memacakkan sebuah tugu yang dinamakan tugu kepercayaan dalam diri ku buat
mana-mana lelaki yang pernah menghulurkan salam perkenalan. Fobia ku masih
menebal.
Sementara menunggu makanan tiba aku benar-benar tidak selesa
apabila mata ku berkali-kali terpaksa menadah renungan lelaki itu. Sudahlah si
Boy ini tidak habis-habis menyalakan rokok sehingga pedih mata ku dibuatnya.
Hidung ku sudah mula gatal mahu terbersin. Semakin terderalah perasaan ku
dengan keadaan sekeliling. Yang peliknya.. lelaki itu, dia tidak bersiul nakal
seperti yang lain. Dia tidak berkelakuan kurang ajar. Dia hanya tenang
memandang dan dia memang tampan tetapi entah kenapa aku sengaja menunjukkan
kepadanya yang aku langsung tidak teruja dengan renungannya itu malah aku
benar-benar benci melihat dirinya. Setiap kali kami berpandangan aku sengaja
menjelingnya bagi menunjukkan kesombongan ku kepadanya. Tetapi dia hanya tenang
sahaja dengan sedikit senyuman terukir di bibirnya.
Aku benat-benar tidak senang setiap kali melihat dia
memerhatikan aku. Mengapa dia hanya duduk di sana dan memerhatikan aku? Aku
benci lelaki! Tidak kisahlah siapa lelaki itu. Tidak kisahlah jika dia seiras
dengan pelakon lelaki idaman ku. Persepsi ku masih sama. Lelaki hanya pemusnah
hidup wanita. Sama seperti Zaki, Jabar, pak uda, Jeremy dan entah siapa-siapa
lagi . Semua lelaki sama sahaja. Hanya tahu mengambil kesempatan di atas
kelemahan kaum yang lemah seperti aku. Lelaki hanya tahu menabur janji palsu
untuk memperdayakan wanita. Lelaki hanya menjadikan wanita sebagai pemuas
nafsu! Dan lelaki itu.. dia sama sahaja seperti lelaki lain. Jika tidak mengapa
dia asyik memandang aku? Ahhh! Semua lelaki hanya memeningkan kepala ku
sahaja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan