Empat bulan kemudian..
Suasana hiruk pikuk di dalam kawasan pusat hiburan itu
benar-benar melemaskan aku. Bosannya!!! Hati ku menjerit lantang melawan
kebisingan musik penthau di dalam kelab itu. Lagak dan aksi teman-teman aku
perhatikan satu persatu. Mereka asyik bergoyang di tempat duduk masing-masing
mengikut irama. Namun jiwa ku tidak mencair untuk mengikuti keseronokan itu.
Lalu aku terperosok di sofa itu sendirian melayan diri yang kebosanan. ‘Mengapa
aku mesti ikut mereka?’ sekali lagi hati bertanya. ‘Mengapa aku tak balik saja
tadi? Dapat juga berehat di rumah. Inilah padahnya kalau takde pendirian
sendiri..’ desis hati ku sendiri. Kebosanan kian melanda diri. Tempat yang
dinamakan kelab tempat untuk berhibur ini langsung tidak mampu menghiburkan
aku.
“Darina,
come... enjoy this moment, darling..” ajak Bernice pemilik agensi model tempat aku dan model-model lain
bernaung. Sekalian itu pandangan Max terhala kepada ku. Dia mengangkat gelas beernya kepada ku seakan mempelawa aku
untuk menikmatinya. Namun aku balas dengan gelengan dan senyuman hambar.
“Dia tak minumlah, bos..” kata Max kepada Bernice.
Kata-kata Max itu membuatkan Amanda, Fahiman, Russel, Darius, Shasha dan
beberapa gadis yang tidak aku kenali yang juga model di bawah naungan agensi
milik Bernice mula memandang kepada ku. Namun seketika kemudian mereka kembali
dengan meneguk minuman keras di hadapan mereka tanpa menghiraukan aku yang
duduk terperosok di sofa itu. Mungkin malas melayan aku yang kerap moody kebelakangan ini. Sikap mereka itu
tidak aku pedulikan. Tetapi yang paling aku peduli ialah pandangan mata lelaki
bernama Jeremy James yang merupakan designer
terkenal itu benar-benar membuatkan aku berbulu. Senyumannya tidak langsung ku
balas kerana aku menganggap aku tidak lagi perlu melayan miangnya kerana
pertunjukkan sudah selesai. Dia bukan lagi dikira sebagai klien agensi Bernice.
Urusan ku dengannya sudah selesai dan aku tidak perlu menjaga hatinya lagi.
Ahh!! Aku muak menengok muka kau, jantan! hati ku menjerit sendiri.
“But you still can
dance. Come, asks someone to dance with you. Have fun, Darina..” kata Bernice agak kuat kepada ku. Aku hanya diam enggan
menjawab kepada wanita awal lima puluhan itu walaupun perasaan jengkel kian
melaut kepadanya. Tak sedar diri! Cemuh hati ku kepada Bernice pula. Dia memang
pemilik agensi model tetapi dari apa yang aku tahu ada khabar angin mengatakan
dia juga menjual model kepada VVIP yang laparkan wanita-wanita cantik. Dia
mendapat sedikit habuan dari aktiviti itu.
“I
can dance with you, if you want..” pelawa Jeremy dengan senyuman. Masih tidak reti bahasa mahu terus memikat
ku.
“No
thanks..” pantas aku
menjawab. Terus pandangan ku halakan ke arah lain kerana aku benar-benar tidak
suka dengan renungannya itu.
Max lantas mengubah kedudukannya ke sebelah ku bersama
dengan gelas beernya. Dia juga
bagaikan kera terkena belacan.. bergoyang mengikut kehendak lagu. Semakin
berbulu mata ku melihat kelakuan Max itu. “Rina, sportinglah sikit. Muka masam aja? Kita datang sini nak seronok.
Kau pulak monyok aja. Aku dah ajak Remy datang sini. Kejap lagi sampailah..”
ujar Max cuba menceriakan aku yang kebosanan.
“Aku nak baliklah..” keluh kuat kepada Max.
“Alah!! Kita baru datang kau dah nak balik.. relaxlah dulu.”
“Aku penat. Aku nak rehat. Korang nak celebrate.. celebrate ajalah. Aku nak balik. Aku takde mood nak duduk sini
lagi,” kata ku hambar. Keletihan setelah menyelesaikan satu pertunjukkan fesyen
sebentar tadi masih ku rasakan biarpun majlis pertunjukan sudah berjam-jam
berlalu. Menyesal pula kerana bersetuju dengan ajakan Max yang mahu aku
mengikut mereka meraikan kejayaan pertunjukan sebentar tadi. Kata Max ini demi
untuk menjaga hubungan baik agensi dengan pereka terkenal itu. Siapa tahu ada
show lain yang akan dihulurkan kepada kami nanti.
“Alah! Lepas balik ni kau boleh tidur sampai esok petang,
Rina. Esok kau bukannya ada show. Malam ni kita enjoy dulu. Kau pun takkan
taknak celebrate show tadi tu. Bos
nak belanja ni. Bukan selalu macam ni..” kata gadis pengkid berketurunan
Bidayuh itu. Dia merupakan pembantu Bernice yang menguruskan model-model
pertunjukkan dan dia juga yang bertanggung jawab mencari tawaran projek untuk
agensi.
Aku memandang Max tajam. Geram kerana dia memang tidak
tahu bahasa. Tetapi bila difikirkan aku datang dengan Max aku mula merasakan
aku sudah tiada pilihan lain lagi selain menunggu mereka di situ. Kerana jika
Max masih enggan pulang, dengan apa aku nak balik nanti? Teksi? Oh! Tidak...
Mata ku menangkap aksi Bernice dan Jeremy yang saling
berbisik. Bernice sempat ketawa kepada bisikan lelaki pertengahan tiga puluhan
itu. Kemudian dia menepuk-nepuk paha lelaki itu seolah-olah memberi semangat.
Kemudian lelaki berbangsa cina itu bangung mendekati aku dan Max. Tiba-tiba
tangan kanannya dihulurkan kepada ku.
“Come..
dance with me..” ajaknya.
“No! I don’t want to
dance. I tak pandai..” kata ku enggan. “You ajak Amanda ke.. Shasha.. atau
yang lain tu. Diorang mesti pandai menari,” ujar ku mahu mengelak dari lelaki
itu. Pandangan ku halakan kepada model-model wanita yang lain namun semuanya
sibuk dengan keseronokan sendiri.
“But
I want to dance with you.
Marilah.. ini lagu favourite I,”
Jeremy berkata dan tangan ku terus dicapainya. Langsung tidak berminat dengan
cadangan ku. Aku yang tidak menyangka dia akan bertindak seperti itu terpaksa
juga mengikutinya ke lantai tarian. Sempat aku tangkap lirikan mata Bernice
yang seolah-olah memberi peringatan kepada ku agar tidak biadap kepada kliennya
itu.
Di lantai tarian ada beberapa pasangan berpelukan sambil
menari mengikut irama jazz itu. Masing-masing asyik dengan rentak perlahan itu
sambil menggerakkan badan mengikut irama. Aku pula? Seperti orang bodoh yang
tidak tahu apa yang harus dilakukan. Selebihnya perasaan ku amat tidak senang
apabila lelaki cina itu memaut pinggang ku dan aku ditarik sehingga rapat ke
tubuhnya. Jeremy terus meletakkan tangan ku di atas bahunya. Lelaki itu
tersenyum senang sambil merenung ku lunak. Biarpun aku cuba mengelak
pandangannya berkali-kali namun akhirnya bola mata ku tetap singgah di wajah
lelaki itu. Tetapi pelik! Takde pula aku terasa nak terjatuh cinta pada dia?
“You’re
so beautiful. So
sexy...” desah sang lelaki dekat
di telinga ku.
Aku hanya mampu membalas pujiannya itu dengan senyuman
tawar. Dalam keterpaksaan aku akur apabila diri ku dibuai ke kanan dan ke kiri
mengikut rentak lagu. Usapan tangan kasarnya dibelakang ku membuatkan aku
semakin merasa tidak senang. Aku merasa amat tidak selesa dengan perbuatannya
itu. Mengapa aku biarkan dia berbuat seperti ini kepada ku? Mengapa aku biarkan
dia menyentuh ku? Mengapa aku tidak menolak sahaja? Tidak boleh! Kerana dia
klien kepada agensi tempat aku mencari duit aku terpaksa merelakan perbuatannya
meraba ku sesuka hatinya.
“Can
I send you home tonight?” bisik
sang lelaki lagi. Lebih lembut dari tadi. Wajahnya begitu dekat dengan ku.
Aku menggeleng. “No,
thanks. I balik dengan Max..” balas ku sekalian itu aku memandang ke arah
lain.
“I boleh cakap dengan Max kalau itu yang you nak. I
hantar you?” bisiknya lagi sambil terus menadah wajahnya itu pada pandangan
mata ku. Apa yang terlukir diwajahnya saat itu ialah dia benar-benar mengharap
agar aku menuruti permintaannya itu.
“Takpelah. I taknak susahkan you..” aku berusaha mengelak
lagi.
“I memang nak you susahkan I, Darina. Don’t give me any excuses. I’ll send you
tonight, okay?” kata Jeremy sambil tersenyum. Serta merta dia mendekatkan
wajahnya mahu menjamah bibir ku namun aku lantas mengelak dengan berpaling ke
arah lain pula. Semoga dia mengerti yang aku tidak mahu diperlakukan seperti
itu. Lelaki itu mengeluh perlahan.
“What’s
wrong?” soalnya masih
dalam bisikan yang romantis. Tetapi pada pendengaran ku itu bukannya romantis
tetapi itu lebih kepada kemaruk sebenarnya. “Just
one kiss.. please..” pujuk lelaki itu.
Aku lantas menggeleng. “No, Jeremy.. bukannya I tak sudi tapi..” kata-kata ku terhenti
apabila aku terasa tangannya sudah melata jauh di tubuh ku. Serta merta aku
tahan tangannya yang sudah menjangkau kawasan yang tidak seharusnya disentuh
olehnya.
“What
are you doing?” soal ku
tajam. Tangannya aku lepaskan kasar. Biar dia tahu aku tidak semurah
model-model lain yang senang-senang boleh dirasa olehnya.
“What?
Come on.. I cuma sentuh
sikit aja. Alah! You ni study kat oversea tapi masih kolot lagi. Relaxlah..” bisiknya halus. Kemarahan ku
tidak dipedulikannya sebaliknya dia kembali meraih pinggang ku dekat kepadanya.
Pautannya yang erat membuatkan aku gagal melepaskan diri.
“I
can’t stop thinking about you, Darina. You really drive me crazy. Semenjak first day
I nampak you hari tu, I memang dah sukakan you..” bisik Jeremy lagi.
“You cuma suka nak tidur dengan I...” balas ku sengit.
Dadanya ku tolak kuat tanda memboikot paksaannya itu. Namun pautannya yang
semakin erat membuatkan aku tetap terperangkap dalam pelukannya.
“Itu memang salah satu daripadanya. Oh, come on.. you are so sexy. Takkan sentuh sikit pun tak boleh?”
pujuknya lembut.
“I’m
sexy because I ni model. Kalau tak seksi you tak ambil I.
Walaupun I seksi itu tak bermakna I tidur dengan designer. I bukan perempuan murah yang senang nak ikut lelaki. You
fahamkan?”
“You ni jual mahallah, Darina..” keluh Jeremy hampa.
“Boleh lepaskan I tak? I dah penat menari..” degus ku
semakin marah.
Melihat kedegilan ku akhirnya lelaki itu melepaskan
pinggang ku dengan riak kehampaan menyapu wajahnya. Apabila sudah berpeluang
aku terus berundur keluar dari kawasan menari itu tanpa mempedulikan tingkah
lelaki itu. Setiba di kelompok teman-teman ku tadi aku disambut oleh senyuman
Bernice. “How’s the dance, girl? Is it romantic?” soalnya ceria. Gelas alkohol masih tidak lepas dari
tangannya.
Aku hanya menjawab dengan senyuman mengejek. Romatik
kepala hotak kau! cemuh hati ku marah. Aku duduk semula bersebelahan dengan
Max. Dan saat itu aku terpandangkan Remy teman karib Max yang entah bila tiba
di situ. Riuh mulut Bernice menyambut ketibaan Jeremy di meja itu tidak ku
hiraukan. Ketika lelaki cina itu duduk di sofa berdekatan dengan ku secara
tidak sengaja lutut kami berlaga. Kami berpandangan seketika. Tetapi seketika
kemudian aku lihat pandangan mata lelaki itu terhala kepada paha ku. Ikutkan hati
ku mahu sahaja dia ku sepak tetapi... salah diakah jika aku sendiri yang
tergamak membiarkan diri ku memakai pakaian yang membuatkan paha ku terbentang
luas seperti itu? Kelakuan lelaki itu benar-benar membuatkan aku menjadi muak
untuk terus berada di situ. Melihat Remy ada di situ aku teringin sekali untuk
memanipulasikan dia untuk kepentingan ku. Beg tangan ku capai dengan niat mahu
pulang saat itu juga.
“I’ll
send you?” soal Jeremy lalu
tangannya dengan penuh kelembutan mendarat di atas kulit paha ku. Redup matanya
memandang ku agar aku menurut kehendaknya.
Aku lantas bangun. Terus tangan lelaki itu terkulai jatuh
dari paha ku. “No, Thanks. Bernice..
I nak balik dulu sebab kepala I sakit ni. See
you later..” kata ku kepada bos ku itu. Jawapannya tidak aku nantikan
sebaliknya aku terus bangun dan melintasi hadapan Max di sebelah ku. Lantas
tangan Remy aku capai untuk mengajaknya pergi. Remy terpinga seketika. Namun
tarikan ku yang semakin kuat membuatkan dia akhirnya akur juga.
“Cepatnya nak balik?” soal Remy ketika kami sudah berada
di luar.
Soalan itu tidak segera ku jawab kerana aku sedang asyik
menghirup ketenangan di luar itu yang bebas dari keramaian manusia dan bunyi
muzik yang bingit. “Bosan duduk kat situ. Jantan tu pun asyik nak meraba aja.
Benci saya!” jawab ku tanpa memandang Remy yang sedang berjalan di sisi ku.
“Patutlah.. pelik juga bila saya tengok awak menari
dengan dia tadi..”
“Saya kena paksa. Kalau tak ikut kehendak dia nanti saya
takut Bernice marah..” jawab ku. Kata-kata ku tidak dijawab Remy sebaliknya dia
menekan alat kawalan jauh keretanya. Dua lampu sisi Honda Civic hitam itu
bernyala dua kali. Aku lantas membuka pintu di sebelah tempat pemandu. Setelah
duduk di kerusi hitam kereta itu aku terus memejamkan mata melepaskan keletihan
tubuh dan perasaan. Remy masih terkial-kial mahu memasukkan kunci keretanya ke
lubang kunci. Dalam kegelapan pandangan aku mula terbayangkan kemelut yang
semakin melanda diri ku semenjak kebelakangan ini. Terbayang semula apa yang
berlaku sebentar tadi. Sebuah keluhan aku lepaskan. Aku benar-benar benci
mengenangkan perbuatan Jeremy yang seenaknya meraba tubuh ku. Jijik aku dengan
lelaki cina itu.
Aku perasan tentang perubahan perasaan ku semenjak
kebelakangan ini. Ada yang tidak kena. Mengapa aku seolah-olah tidak gembira?
Semuanya aku ada.. kawan, duit, kerja yang diidam-idamkan oleh kebanyakan
wanita dan perhatian lelaki kepada kecantikan ku. Tetapi mengapa aku tetap
tidak gembira? Mengapa aku merasa hidup ku ini amat singkat dan membosankan?
Mengapa aku merasakan setiap dua puluh empat jam yang aku miliki saban hari
tidak ada mendatangkan sebarang makna kepada diri ku? Apabila aku pandang
semula diri ku aku merasakan yang sebenarnya hidup tidaklah seindah mana. Semua
kosong! Membosankan! Aku kejemuan. Mengapa aku merasa seolah-olah aku sudah
keletihan? Keletihan? Keletihan dari apa? Kerja? Hidup? Duit? Atau kawan-kawan?
Entah.. aku sendiri tidak tahu. Tetapi semenjak kebelakangan ini aku sudah mula
hilang mood untuk berkerja. Aku sudah mula merasakan dunia ku ini tidak lagi
memberi sebarang keindahan kepada ku. Apabila aku pandang kanan.. bosan!
Apabila aku pandang kiri.. lagilah bosan! Mengapa aku begini? Jiwa ku kosong.
Aku seperti mahu pergi jauh kemana-mana yang mampu memberikan aku sedikit
ketenangan. Tetapi ke mana? Alangkah baiknya jika aku boleh menjadi orang lain.
Tetapi siapa yang aku mahu jadi? Entah..
“Wak..” suara Remy yang kedengaran membuatkan apa yang
sedang berpusar hebat di benak ku ini mencicit lari. Aku kembali lagi kepada
realiti. Pandangan ku halakan kepada si perempuan yang seiras lelaki di sebelah
ku ini. Rambut mencacaknya itu sempat ku pandang.
“Awak penat ke? Kita singgah kedai biasa nak?” soal Remy
dalam pada dia mengundurkan kereta keluar dari kawasan parkir.
“Boleh jugak. Saya pun nak makan roti canailah..” jawab
ku pantas. Remy menoleh. Ada senyuman aneh dibibirnya. Malah kerlingannya
seperti mahu mengejek ku.
“Apa?” soal ku pelik dengan kelakuannya itu.
“Tak takut kolestrol ke? Nanti pinggang berlemak harga
turun,” sindirnya dalam senyuman. Matanya melirik aku seketika sebelum terus
memandu pergi.
Aku lantas mencebik. “Alah! Selama ni saya makan roti
canai jugak. Okay je!” kata ku mudah. Malas mahu melayan semua itu lagi. Sudah
juga kalau banyak benda tidak boleh disentuh. Takut gemuk! Tetapi saat ini aku
sudah tidak peduli. Biarlah tubuh ku menjadi gemuk macam tong drum sekali pun.
Aku sudah tidak kisah! Dahulu memang aku sering mengamalkan protein bar sebagai
diet harian tetapi kini semuanya aku hentam. Aku sudah tidak kisah jika aku
gemuk atau apa.
Hening seketika suasana dalam kereta itu tanpa perbualan
kami sebaliknya hanya kedengaran bunyi radio. Peluang yang ada lantas
membuatkan aku terfikir tentang sesuatu. “Remy, tempat awak ada kerja kosong
tak? Maksud saya kerja office..” soal
ku tiba-tiba.
“Kenapa?”
“Saya nak kerjalah..”
“Kan awak dah ada kerja? Nak buat kerja lagi? Awak dah
tak mahu kerja dengan Max?” bertalu-talu soalan si pengkid itu. Nampak pelik
benar dia dengan kemahuan ku tadi. Pelik ke kalau aku nak kerja dengan orang
lain selain Max?
“Saya ingat nak berhentilah, Remy. Saya dah tak larat nak
buat kerja tu lagi..” ujar ku perlahan.
“Tak larat? Baru nak masuk empat bulan dah tak larat?
Sayang kalau awak berhenti. Awak tengah top sekarang. Dulu waktu awak masih belajar
awak memang tak dapat nak ambik semua job
tapi sekarang awak dah habis belajar. Inilah masanya awak nak kembangkan lagi
karier awak ni. Saya dengar Max kata ramai yang tanyakan awak. Tak hairanlah..
orang cantik memang senang dapat perhatian. Kalau awak dapat perhatian.. dapat job banyak, duit pun masyuklah. Popular pun ya juga..” ujar
Remy dengan senyumannya. Antara serius dengan tidak sahaja bicaranya.
“Saya jadi model bukan semenjak empat bulan yang lepas,
Remy. Saya jadi model Bernice semenjak sebelum saya ke Ireland dulu. Kemudian
di Ireland pun saya jadi model cat walk juga. Dah lima tahun berlalu. Saya
betul-betul penat dengan komitmen ni semua. Bukan senang kerja macam ni..”
keluh ku agar dia mengerti.
“Tapi kerja macam ni banyak duit. Sekali awak buat show
diorang bayar awak banyak. Rugilah, Rina..” sambut Remy tidak bersetuju.
Aku diam. Dalam senyap sebuah keluhan aku lepaskan.
Duitkah yang aku kejar selama ini? Memang aku ada duit tapi kenapa aku tidak
gembira? Atau populariti seperti yang dimaksudkan Remy? Entah.. rasanya
populariti hanya menyebabkan aku semakin lemas dan rimas. Rimas dengan
perhatian orang dan rimas dengan kelakuan lelaki-lelaki miang seperti Jeremy.
Jadi apa yang aku mahu sebenarnya? Aku menggeleng perlahan. Aku sendiri tidak
pasti dengan semua ini. Keliru dengan kemahuan diri. Sekali lagi aku mengeluh.
“Kenapa ni, Rina? Awak nampak semacam aja. Ada masalah
dengan Max ke?” soal Remy ikut perihatin dengan keadaan ku. Aku tahu mengapa.
Remy sudah lama menyimpan rasa kepada ku semenjak mula mengenali ku empat bulan
yang lalu. Tetapi sehingga kini aku hanya buat tidak tahu sahaja kepadanya. Aku
melayannya seperti mana aku melayan Boy dan Max. Sama rata.. tiada yang kurang,
tiada yang lebih.
“Saya bukannya ada masalah dengan Max tapi semenjak
kebelakangan ni saya macam dah mula bosan dengan semua ni. Saya nak kerja yang
mampu menjamin masa depan saya. Kerja yang normal macam orang lain. Siang
berkerja malam kat rumah. Tapi saya ni kadang-kadang kerja. Kadang-kadang cuti.
Kadang-kadang kerja siang dan kadang-kadang pulak kerja sampai tengah malam.
Kadang-kadang berjam-jam saya terpaksa tunggu sampai show habis. Saya macam dah
penatlah, Remy. Saya nak kerja macam Boy dan yang lain-lain. Ada di pejabat
waktu siang dan malam ada masa dengan kawan-kawan. Memang duit banyak kerja
macam ni tapi saya tak gembira..”
Kening Remy berkerut memikirkan apa yang aku katakan.
“Pelik..” ulasnya pendek. Matanya terus memandang ke hadapan sambil cuba
memahami apa yang aku sampaikan kepadanya sekejap tadi.
“Apa yang pelik?” soal ku pula.
“Orang lain berebut nak jadi macam awak tapi awak bosan
pulak. Awak tak rasa rugi ke? Banyak kelebihan yang awak ada sebagai model cat walk..” komen Remy perlahan sambil
memandang ke hadapan. “Lagipun Max memang dah lama tunggu awak balik dari
Dublin sebab nak ajak awak join balik agensi dia. Dia tahu awak ada potensi
besar dalam bidang ni. Awak pun sendiri yang setuju nak join dia dulu. Bila dah join dengan Max semula awak nak berhenti
pulak? Tak sayang ke?” sambung Remy lagi.
Kelebihan apanya? Kelebihan untuk dijadikan santapan
lelaki macam Jeremy? Kalau kelebihan yang kau maksudkan tu sekadar jadi tempat
pemuas nafsu lelaki, terima kasih ajalah.. hati ku berbisik sendiri. “Saya tahu
memang saya sendiri yang buat keputusan nak join agensi ni semula tapi itu
semua tak beri apa-apa makna lagi pada saya. Entahlah, Remy..” perlahan sahaja
aku membalas kepada Remy.
“Makna yang macamana?” Remy bertanya sambil menoleh
kepada ku. Biarpun hanya seketika namun riak kehairanan yang begitu menebal di
wajahnya itu sempat ku pandang.
“Entahlah.. saya pun tak tahulah nak cakap macamana. Lately saya rasa lonely sangat.. tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Saya cepat moody, cepat nak marah.. saya tak tahu
apa yang tak kena dengan diri saya ni..”
“Lonely?
Bukanlah kitorang semua ada dengan awak selama ni? Lonely macamana lagi yang awak rasakan?” bertambah tidak faham
perempuan/lelaki di sebelah ku ini.
“Awak memang takkan faham, Remy. Apa yang awak nampak tu
semua luaran tapi apa yang saya maksudkan ni adalah dari lubuk hati saya yang
paling dalam..”
Berdekah-dekah Remy ketawa. Terhenti bicara ku serta
merta melihat dia tertawa. Entah apa yang melucukan dia aku sendiri tidak tahu.
“Wah!!! Lubuk hati yang paling dalam? Macam lirik lagu aja?”
“Awak ingat saya main-main ke?” tekan ku mulai tercabar
dengan tingkahnya itu. Dia tidak serius dengan luahan ku sebaliknya dia
mempersendakan aku pula. Mulalah aku dihambat rasa kesal kerana memilih dia
untuk dijadikan teman berbicara.
“Takdelah.. saya sebenarnya tak berapa faham dengan apa
yang awak cakap tadi. Lonely.. moody.. semua tu apa? Awak kata awak lonely tapi kamikan ada? Kenapa nak rasa
macam tu lagi?”
“Itulah sebabnya saya cakap dengan awak. Saya sendiri tak
tahu kenapa saya rasa macam tu. Tapi awak bukan main sedap ketawakan saya! Saya
nak tahu pendapat awak adakah saya ni bermasalah?” meninggi suara ku yang mulai
bengang dengannya. Sia-sia aja aku bercakap dengan dia ni.. desis hati ku.
“Ooooo...” panjang lopongan Remy setelah mendengar bicara
ku. Mungkin baru kini dia mengerti maksud ku sebenarnya. Namun hanya sekadar
itu. Dia diam tidak berkata apa. Namun dia seakan sedang memikirkan tentang apa
yang aku katakan kepadanya tadi. seketika kemudian dia akhirnya menjawab
begini, “entahlah, wak. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Sebab saya tak dapat
tangkap apa yang awak cuba bayangkan pada saya tadi. Complicated sangat apa yang awak luahkan tadi. Saya ni bukannya
pakar motivasi. Saya ni pengarah drama. Kalau awak nak kerja sebagai pelakon
bolehlah awak cakap dengan saya tapi dulu saya offer awak kata awak tak nak..”
Mendengar itu aku malas mahu bercakap lagi. Saat ini
kalau boleh aku mahu lekas tiba di kedai Barakah kerana aku sudah mula merasa
lapar. Soal mengenai itu tertutup habis dan aku memang tidak mahu membincangkan
lagi dengannya. Sekurang-kurangnya bukan dengan manusia ini! Sia-sia sahaja aku
bercakap dengannya kerana dia dan Max lebih kurang sama sahaja. Masing-masing
mementingkan wang dan populariti. Aku semakin sedar kini yang aku tidak
dilahirkan untuk menceburi bidang yang sama seperti mereka. Bidang ini hanya
sesuai untuk mereka yang pandai menjaga diri. Jika lemah alamat hanyutlah.
Tetapi masalahnya aku sudah bosan untuk terus berkeadaan begitu. Aku
benar-benar penat! Aku hanya mahu menjadi seseorang yang memiliki hati yang
tenang dan aman. Itu sahaja! Tetapi di manakah tempatnya yang mampu aku temui
kedamaian dan keamanan? Entahlah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan