Di belakang
pentas yang dibina di tengah-tengah shopping mall itu kecoh dan sibuk.
Jurumekap dan tukang jahit masing-masing sibuk dengan kerja sendiri bersama
model-model yang mahu membuat pertunjukkan. Masuk kali ini sudah pusingan ke
tiga memaksudkan rekaan berkonsepkan batik yang ke tiga bakal aku peragakan.
Setiap kali pakaian rekaan ditukar aku yang terpaksa mengambil alih tempat Amanda
yang paling seksa di situ kerana aku dikerumuni tiga tukang jahit yang sedang
memadankan gaun labuh biru muda yang harus ku peragakan. Masalahnya gaun itu
sebelum ini disesuaikan mengikut bentuk badan Amanda terpaksa diubah kepada
saiz ku yang sedikit kurang berisi berbanding Amanda yang mula mahu bersaiz L
itu.
“Pat,
kat sini longgar. Terkeluar pulak breast
I nanti..” tegur ku kepada lelaki lembut itu. Aku tunjukkan bahagian gaun yang
masih tidak sempurna. Aku merasa tidak selesa. Penat juga terpacak berdiri
sementara tiga tukang jahit itu menjahit gaun ditubuh ku.
“Mana,
yang? Lah.. Nor, bahagian depan ni terkulai. Nampak pulak buah dia kang.
Itulah.. macamana Randell boleh ambik si Amanda yang tembam tu? Tengok.. breast dia pun tak matching dengan you..” kecoh mulut Pat mengadu kepada Nor.
“Just put a silicon, Pat.
Tak sempat dah nak repair tu..” balas
Nor seorang lagi tukang jahit yang sibuk membantu membetulkan rekaan pereka
dari luar yang baru mahu mencipta nama di Malaysia iaitu Randell Thomas itu. “Kau
ni pun satulah, Darina. Besarkanlah sikit buah kau tu. Barulah senang kerja
aku..” kata Nor kepada ku.
Terbeliak
mata ku memandang wanita itu. “Nak besarkan pakai apa? Silikon? Tak naklah I.
Nanti tak pasal kena cancer pulak..” balas ku sedikit terkejut dengan lawak
spontannya itu. Nor sempat tersenyum sambil memasukkan ‘buah dada’ palsu ke
dalam lekok gaun di hadapan dada ku itu. Pat dan Amirul sibuk melihat bahagian
lain yang sudah dibetulkan.
“Cepat!
Your turn was about to come, Darina...”
laung Miriam Young yang menyelia peragaan pentas itu. Aku menoleh seketika ke
arah Miriam yang berdiri di ambang pintu masuk ke pentas peragaan itu.
“Hurry up, guys!
Miriam dah panggil I..” gesa ku mula menggelabah. Seketika kemudian tiga tukang
jahit itu melepaskan aku. Setelah mengambil giliran aku mula berjalan di atas
pentas yang dibina memanjang ke hadapan itu. Gaun bercorak batik itu ku gayakan
seperti yang diajarkan kepada ku semenjak bertahun-tahun lalu. Seperti biasa
tepukan bergema apabila nama pereka disebut bersama konsep rekaannya. Aku pula
dengan lenggok anggun dan ekspresi wajah tanpa senyuman menayangkan gaun itu
dengan sesungguhnya kerana model juga penyumbang utama kepada lakunya hasil
rekaan seseorang pereka itu.
Seketika
kemudian aku kembali semula ke belakang pentas. Randell pereka lelaki yang
berasal dari Australia itu ada di situ bersama tailornya. Tetapi sebaik sahaja
tiba di situ aku terkejut besar kerana Randell tidak datang ke situ saja-saja.
Sebaliknya dia membawa seseorang bersamanya.
“Is this what you're looking for, Zaff?” dengan mesranya Randell bertanya
kepada Adam Zaffran. Randell tersenyum sambil merenung ku.
“Yes..” balas Adam Zaffran sambil
merenung ku dari atas ke bawah. Aku sedikit terpaku kerana tidak sangka dia ada
di belakang pentas yang hiruk pikuk ini. Selalunya bukan senang orang luar
boleh masuk ke sini kerana model perempuan juga menyalin pakaian di belakang
ini.
“Abang
buat apa di sini?” soal ku kepada lelaki itu.
“Saja
tengok apa yang ditayangkan di sini. Cantik baju Rina tu..”
“Kalau
cantik belikanlah..” sindir Pat selamba. Tanpa memandang kami aku lihat ada
senyuman bermakna terukir di bibirnya.
Aku
tidak sempat menjawab kata-kata Pat itu kerana Nor sudah menyerahkan sehelai
lagi rekaan Randell kepada ku. “Cepat! Kau ada lima belas minit aja lagi..”
pesan Nor tanpa mempedulikan tujuan Adam Zaffran berada di situ.
“Rina
kena pergi. Nak salin baju..”
“Pergilah.
Abang bukannya nak ganggu kerja Rina..” balas Adam Zaffran lembut. Aku lantas
pergi. Berdebar dada ku saat itu kerana aku tidak menyangka dia akan mencari ku
di situ. Sebelum masuk ke bilik persalinan aku sempat memandangnya semula.
Kelihatan dia sedang berbual dengan Randell. ‘Siapa lelaki itu sebenarnya? Apa
pula hubungannya dengan Randell Thomas itu?’ diri ku diasak oleh pertanyaan itu
oleh hati ku sendiri.
Selesai
mengenakan gaun pendek hitam bercorak batik berwarna putih yang disulami labuci
di dada itu aku lantas kembali ke tempat tadi. Aku lihat Adam Zaffran masih ada
di situ bersama Randell. Aku benar-benar tidak faham mengapa dia berada di situ
dan masih menunggu di situ. Masakan mahu memberi ceramah kepada ku lagi dalam
saat begini? Dalam keadaan aku yang amat sibuk begini aku memang tiada masa
untuknya.
Seperti
tadi aku dikelilingi oleh tiga tukang jahit yang sudah bersiap sedia menukar
saiz baju itu dan memperbetulkan kedudukan baju itu. Pet dan Amirul mula
membetulkan bahagian belakang. Malangnya aku mulai dihujani rasa malu apabila
mata Adam Zaffran asyik memerhatikan Nor yang sedang menjahit bahagian tepi baju
itu agar baju itu muat-muat di tubuh ku. Kemudian Nor mula berpindah ke
bahagian dada. Begitu juga dengan mata lelaki itu. Seperti tadi dia memasukkan
lagi ‘buah’ palsu itu agar bahagian hadapan baju tidak gelebeh.
“Please.. jangan tengok..” kata ku kepada
lelaki itu yang asyik memandang. Serta merta Adam Zaffran mengalihkan pandangan
ke arah lain namun secangkir senyuman terhias di bibirnya tanpa dapat ditahan.
“Darina, you go after Mitchel..” pesan Miriam dan aku memandang ke arah
pintu masuk ke pentas untuk melihat kelibat Mitchel. Apabila melihat giliran
Mitchel masih jauh aku kembali menumpukan perhatian kepada tukang-tukang jahit
yang masih sibuk di tubuh ku itu. Kemudian pandangan ku terhala kepada Adam
Zaffran yang berbual dengan Randell. Serentak kami berpandang seketika. Biarpun
telinganya mendengar bicara Randell namun matanya asyik kepada ku sehingga naik
malu aku dengannya.
“Kasut
I mana, Pat?” aku meminta kasut dari Pat yang mula menyimpas pekakas
kegunaannya.
“Alamak,
yang. Lupalah. Sekejap! Sekejap! I ambil kasut you..” Pat baru tersedar dia
masih belum menyerahkan kasut kepada ku. Beberapa saat kemudian sepasang sandal
bertumit tinggi diserahkan kepada ku. Alamak! Memakai kasut ni pun satu hal.
Fesyen berbelit di betis membuatkan aku terpaksa mengambil masa untuk
memakainya. Terkial-kial aku menyarungkan kasut itu ke kaki.
“Just stand straight. I
pakaikan untuk you, Darina..” Pat berkata menegah aku dari menunduk kerana
bimbang baju akan rosak. Lega aku seketika. Mujurlah Nor dan Pat sedia membantu.
Seronok juga jika dari atas hingga ke bawah dipakaikan oleh orang lain seperti
ini. Setelah selesai aku meninggalkan kawasan itu tanpa memandang lagi lelaki
yang masih menunggu di situ.
Jam
tiga petang selesai acara itu dan aku mula dapat bernafas lega. Buat seketika
aku duduk bersama Nor dan Pat sambil meneguk mineral water di belakang pentas
itu. Amirul pula sibuk mengemaskan rekaan-rekaan yang sudah aku gunakan. Segala
perhiasan yang aku pakai disimpan semula.
“Yang,
siapa mamat hensem tadi tu? Boyfreind
you ya?” Pat bertanya dengan lagak ala-ala maknyahnya.
“Emm..
bukanlah. Itu kawan I..”
“Ye
ke kawan? Bukan main lagi dia pandang kau..” Nor menyampuk tidak percaya.
Mulutnya mencebik sambil melirik kepada ku.
“Takdelah!
Dia kawan I. Betul!” tekan ku bersungguh.
Pat
tersengih memandang Nor seketika. Kemudian dia memandang ku semula. “Bukan main
caring lagi dia, yang. Sanggup tunggu
you kat sini. Kalau you kata dia cuma kawan.. passlah dekat I. Mana tahu dengan
I dia bukan cuma kawan. Hensem gila macam tu you kata dia cuma kawan you?
Lembabnya you ni, Darina! Kalau I.. I dah ikat dia atas katil I. Jangan bagi
dia pergi mana-mana..” kata Pat kemudian dia terkekeh ala-ala wanitanya.
Terbeliak mata ku mendengar jenakanya itu.
“Pat,
kau ni gelojoh betul. Pantang nampak yang macho mulalah kau jadi ulat bulu.
Semua jantan kau nak ikat kat katil kau. Habis tu katil kitorang ni macamana?”
kata Nor tidak puas hati.
“Sorry, yang. Siapa cepat dia dapat.
Siapa lambat dia melopong...” terkekeh lagi Pat sehingga aku ketawa bukan
kerana jenakanya sebaliknya aku ketawa kerana lucu mendengar dia mengilai
seperti itu.
Namun
keseronokan ku berbual dengan dua tukang jahit profesional itu terencat sedikit
apabila aku didekati Max. Dia menghulurkan sekeping cek bernilai tujuh belas
ribu kepada ku. Tersenyum aku menyambutnya kerana dia telah menunaikan janjinya
seperti semalam.
“Rina,
kau kena balik dulu. Aku ada kerja lagi ni. Lambat lagi aku nak balik..” kata
Max.
Memudar
terus kegembiraan ku saat itu. “Alah! Habis tu aku nak naik apa? Naik teksi
taknaklah..”
“Kalau
kau nak tunggu aku boleh tapi aku balik petang nanti. Mungkin dalam jam enam
kot sebab kat sini ada banyak kerja nak buat lagi. Lepas tu aku singgah office kejap..”
Semakin
memudar sinar di wajah ku mendengar itu. Alamat kalau aku menunggunya
berjanggutlah aku di situ sedangkan aku benar-benar sudah keletihan. “Takpelah.
Aku balik sendiri aja..” balas ku dalam keterpaksaan.
Max
akur. Dia terus berlalu. Aku dapat lihat dia memang benar-benar sibuk saat itu.
Mood ku mahu berbual menghilang. Termenung aku seketika kerana memikirkan
dengan apa aku mahu pulang? Tetapi aku tiba-tiba dicuit-cuit pula oleh Pat.
“Yang,
kawan biasa you datang. Bolehlah dia hantarkan you balik..” bisik Pat sambil
tersenyum-senyum ke satu arah.
Aku
menoleh ke arah yang dipandang oleh Pat. Memang benar. Adam Zaffran datang
mendekati kami di situ dengan senyumannya. Dengan blazer hitam dan kemeja putih
tanpa tali leher dia kelihatan berbeza dari apa yang pernah aku lihat.
“Rina,
belum nak balik lagi ke?” Adam Zaffran terus menyoal ku apabila berada dekat
dengan ku.
“Dah..
er.. dah nak balik..” aku menjawab teragak-agak kerana aku terkesan mimik muka
Pat yang menggelikan hati. Terus tangan ku menjalar mengetil pahanya.
“Auuww...” suara garau ala-ala maknyahnya terkeluar akibat cubitan ku.
Adam
Zaffran tersenyum. “Abang hantarkan?”
“Ok!
Tadi kawan dia Max tak dapat hantar dia dan dia kata dia taknak naik teksi..”
Pat terus mencelah menjawab bagi pihak diri ku. Dia tersengih memandang aku.
Terbutang mata ku memandangnya. Pandai-pandai aja si maknyah ni! getus hati ku
geram.
“Oh!
Ok. Kalau macam tu abang hantar Rina balik?”
“Abang???
Romantiknya? Kawan biasa konon!” serentak Nor dan Pat terus tergelak berdua.
Pat mengilai kuat sambil menolak bahu ku sehingga kelakuan mereka menarik rasa
hairan Adam Zaffran dan aku pula sudah malu dibuatnya.
“Come..”
Enggan
membiarkan diri ku menjadi bahan jenaka Pat dan Nor aku akur sahaja dengan
ajakan Adam Zaffran itu. Kami beriringan keluar dari bangunan Pavillion. Langkah
ku terhenti apabila dia hanya berdiri di hadapan pintu utama itu. Sangka ku dia
akan mahu menanti budak jokey menyerahkan keretanya tetapi tidak. Sebuah kereta
BMW X6 berhenti di hadapan kami dan dia membukakan pintu buat ku. Teragak-agak
aku masuk ke dalam kereta itu. Tidak sangka rupanya dia kaya! Eh! Semenjak bila
pula aku hairan dengan harta orang?
“Abang
saja je datang sebab abang nak tengok cara Rina kerja..” jelas Adam Zaffran
tanpa disuruh.
Aku
yang memandang ke luar menoleh kepadanya di sebelah ku. Hanya anggukan yang aku
balas kepadanya. Kerana aku kekok untuk berbual dengannya.
“Rupanya
susah juga kerja macam Rina ni ya? Abang tengok tadi pun macam kesian. Kesian
tengok Rina dijahit-jahit macam tu..”
Aku
mahu tergelak mendengar bicaranya. Namun persoalan mengenai hubungannya dengan
Randell bagaikan tidak sabar mahu terluah dari mulut ku ini. “Apa hubung kait
abang dengan Randell Thomas tu? Cara dia panggil abang macam dia kenal abang
dah lama.”
“Dia
bekas rakan serumah dan seuniversiti abang waktu abang di UK dulu. Cuma kami
berlainan course. Abang memang tahu
dia ada di sini semenjak dia mula-mula datang. Kemudian semalam bila Rina sebut
yang Rina ada show di Pavillion abang terus decide
nak datang jumpa dia sebab dia ada mention
dengan abang yang dia ada terlibat dengan pertunjukkan di Pavillion. Perhaps to see you also. Tapi tak sangka
pula rupanya Rina kerja untuk Randell..”
“Patutlah
abang macam rapat dengan dia..”
“Kami
selalu contact walaupun dah tak
tinggal di negara yang sama. Kadang-kadang abang ada chat dengan dia bila ada
masa. Dia memang dah famous sekarang.
Cepat betul masa berlalu. Tahu-tahu Randell dah jadi pereka terkenal di negara
dia. Sekarang dia dah mencipta nama di tempat kita pulak.”
Aku
mengangguk bersetuju dengan kenyataan Adam Zaffran itu.
“So
lepas ni Rina nak kemana?” suara Adam Zaffran kedengaran lagi.
“Balik
rumah. Saya dah penat..” aku menjawab lembut.
“Tak
nak makan dulu?” pelawa sang lelaki lembut.
“Takpelah.
Saya betul-betul penat sekarang..”
Adam
Zaffran mengangguk akur dengan pendirian ku. “Jadikan kita jumpa esok?” dia
menyoal lagi sambil merenung tampang ku dengan pandangan lunak. Tidak keruan
aku dibuatnya dengan renungan lelaki ini.
“Insyaallah
jadi..”
“Abang
akan tunggu Rina esok di tempat biasa. Abang ingat nak ajak Rina makan dulu
sebab abang rasa dari tadi Rina tak makan. Nanti kalau lambat makan Rina sakit
pulak,” Adam Zaffran berkata dalam nada yang amat lembut menunjukkan
keperihatinannya kepada ku.
Aku
tersenyum hambar. Sukar ku kawal diri yang sudah mula terpaut dengan
keperibadian lelaki itu. Caranya melayani ku membuatkan aku merasa begitu
dihargai olehnya. “Saya dah biasa makan lambat. Abang jangan risau. Tadi
sebelum mula show saya ada makan protein
bar. Banyak juga saya makan. Insyaallah saya tak apa-apa..”
“Tapi
protein bar tu hanya untuk mengalas perut semasa Rina kerja tadi. Sekarang Rina
perlukan heavy food untuk isi perut
tu. Kalau Rina malas nak keluar abang boleh singgah sekejap di kedai belikan
nasi untuk Rina. Balik rumah nanti Rina makan ya?” sekali lagi dia menyerlahkan
kelunakan sikapnya sebagai lelaki yang memiliki sifat perihatin dan penyayang.
Aku
memejam mata perlahan. Resah dengan perasaan sendiri. Mengapa dia melayani aku
begini? Siapa aku dengannya? Pentingkah aku kepadanya?
Tanpa
menanti jawapan ku Adam Zaffran meminta pemandu berhenti di sebuah restoran
yang diketahuinya. Aku hanya diam membiarkan apa sahaja yang mahu dilakukannya.
Sementara menanti dia membeli makanan aku duduk di dalam kereta. Hayalan ku
terbang jauh kepada peristiwa malam aku bersama Jeremy itu. Aku mengesyaki
lelaki yang membantu ku malam itu adalah lelaki ini.
Kenderaan
empat roda itu kembali bergerak apabila Adam Zaffran kembali semula ke dalam
kereta itu bersama bekas polistrin makanan. Diletakkan makanan itu di
tengah-tengah kusyen kereta itu.
“Abang,
saya nak tanya abang sesuatu boleh?”
“Kenapa
pulak tak boleh, sayang? Tanyalah banyak mana pun. Abang tak marah,” dalam
sedikit canda dia menjawab lembut.
Menyerbu
darah ke wajah ku mendengar dia memanggil ku begitu. Malu sendiri aku
dibuatnya. Namun ku kawal segala reaksi ku agar tidak terpapar di wajah ku.
Masakan baru seketika aku sudah jatuh cinta kepadanya? Ke mana pergi pendirian
ku yang anti kepada kaum Adam? Entah..
“Malam itu abang saya keluar dengan Jeremy
dulu, abang ke yang ada di taman tu? Abang ke yang tolong saya?”
“Baru
hari ni Rina nak tanya? Malam tu Rina pergi macam tu aja. Langsung tak ucap
terima kasih pada abang sebab abang dah tolong Rina..” sindir lelaki itu kepada
ku.
Sahlah!
Memang dia. Malunya aku dengan kelakuan buruk ku itu. “Maaf, saya tak berniat
nak kurang ajar dengan abang. Tapi waktu tu saya betul-betul fobia. Saya takut
sebab saya tak kenal abang dan keadaan waktu tu gelap..” jelas ku dengan nada
kesal. Aku sedar aku memang biadap kerana mengabaikan kebaikannya.
Adam
Zaffran ketawa perlahan. “Takpe. Abang faham. Kalau abang jadi Rina pun mungkin
abang terlupa nak ucap terima kasih. Abang sebenarnya tak ambil hati pun. Cuma lain
kali hati-hatilah. Jangan ikut sembarangan orang..” lelaki itu merenung ku
lembut. Nasihatnya dialunkan dengan sebuah keikhlasan yang terpancar dari
matanya. Aku merasa seolah-olah aku begitu bermakna buatnya.
Aku
tersenyum sahaja dalam keharuan perasaan. Terasa bersalah pula kerana berkurang
ajar dengannya sebelum ini sedangkan dia sudah menyelamatkan maruah ku. Masih
aku ingat teruk juga Jeremy dibantai Adam Zaffran malam itu. Sehingga ke saat
ini lelaki itu tidak ada menghubungi aku lagi.
“Saya
tak sepatutnya ikut dia. Sebelum ini pun dia dah menunjukkan sikap tak tahu
hormatkan saya. Tapi malam tu entah kenapa saya bodoh sangat..” lauh ku
perlahan.
“Siapa
dia tu sebenarnya? Apa dia mahu dari Rina?”
“Dia
salah seorang bekas klien agensi tempat saya berkerja. Sebelum ini kami memang
pernah bekerjasama dalam satu pertunjukkan. Dia mengaku sukakan saya dan mahu
menjalinkan hubungan istimewa dengan saya. Tapi saya menolak. Mungkin kerana
itu dia buat macam tu pada saya. Telahan awal saya tentang dia memang tepat.
Saya tahu dia bukannya suka sangat dengan saya. Dia hanya nakkan tubuh badan
saya aja. Lelaki macam dia memang banyak di sekeliling saya selama ini. Saya
pun hairan kenapa dalam ramai-ramai perempuan dia memilih saya sedangkan yang
lain ada yang sanggup buat apa sahaja untuk dia,” ujar ku.
Adam
Zaffran memandang ku sekilas sebelum kembali memandang ke hadapan. “Selera
manusia ni kompleks, Rina. Kadang-kadang lelaki ni dia sukakan cabaran
dalam merebut hati perempuan. Semakin perempuan menolak semakin itu dia mahu.
Cuma caranya saja yang tak betul. Dia tak cukup bersabar..” komen Adam Zaffran.
“Kalau
dia bersabar sekali pun saya tak mungkin akan pilih dia. Dia bukan orang islam.
Kalau saya kahwin dengan dia siapa yang nak membimbing dia? Sedangkan diri saya
sendiri pun kantoi inikan pula nak carry tanggungjawab mendidik orang lain.
Tak mungkin..” desis ku perlahan.
Adam
Zaffran tersenyum. “Kalau dengan abang?”
Aku
tersentak sedikit mendengar soalannya itu. Merona wajah ku seketika. Apa yang harus
aku jawab? Aku memandangnya seketika. “Apa maksud abang cakap macam tu?” tanya
ku tidak senang.
Lelaki
itu tertawa pula. “Abang bergurau aja. Jangan ambil hati ya?” pujuk Adam
Zaffran apabila melihat reaksi ku yang seakan tidak senang dengan gurauannya.
“Nak
mendidik ni bukan semestinya kita perlu berkahwin, Rina. Asalkan kita menjaga
batas pergaulan kita itu dah cukup. Dalam pergaulan seharian ada banyak ilmu
yang kita akan dapat asalkan kita tahu dengan siapa kita berkawan,” tambah Adam
Zaffran lagi.
Aku
mengangguk. Mata ku kembali aku halakan ke luar kereta. ‘Dia memang baik..’
hati ku membisikkan pujian itu. Aku terus hanyut dengan perasaan ku sehingga
akhirnya kereta berhenti di hadapan rumah ku. Aku halakan semula pandangan mata
ku kepada lelaki yang baik budi itu. Aku hargai dengan budinya yang membuatkan
aku tiba di rumah ku dengan selamat. “Terima kasih, bang. Terima kasih untuk
setiap apa yang abang dah buat untuk saya. Maafkan saya kalau saya keterlaluan
sebelum ni..” ucap ku lirih.
“Sama-sama.
Abang dah lama maafkan Rina. Cuma abang harap esok kita boleh berjumpa lagi
seperti yang kita janjikan sebelum ni..” balas Adam Zaffran lembut. Suara itu
kian membelai perasaan ku.
Aku
mengangguk dan segaris senyuman manis aku hadiahkan buatnya. Setelah itu aku
terus keluar dari kereta itu. Sebuah lambaian aku hadiahkan untuknya sebelum
kereta itu berlalu pergi. Entah kenapa saat ini perasaan ku kian mekar
kepadanya. Mengapa perasaan ku begini? Cepatnya aku berubah hati? Entah! Aku
tidak tahu...
Seperti
yang dijanjikan sebelum ini kami bertemu di taman rekreasi yang berdekatan
dengan rumah ku. Aku menunaikan janji bukan kerana kasihan dengannya atau mahu
menjaga hatinya sebaliknya aku juga sebenarnya memerlukan seseorang untuk
mendengar luahan hati ku. Semakin lama aku pendam semakin meroyak-royak
kesakitan yang aku rasakan di dalam jiwa ku ini.
Lantas
kami duduk di kerusi yang sama yang pernah kami duduki dahulu. Perbualan
bermula apabila dia bertanya lagi tentang keadaan diri ku. Bertanya khabar ku
dan akhirnya bertanya tentang kisah peribadi ku. Aku tahu dia memang terlalu
ingin mengenali aku secara mendalam.
“Abang
tahu soalan abang ni kedengaran agak sinis tapi abang nak tahu kenapa Rina jadi
macam ni? Apa yang membuatkan Rina memilih untuk jadi begini?”
“Kalau
nak diceritakan satu persatu sebulan agaknya tak habis..” ucap ku perlahan
sahaja. Akur juga dengan kehendaknya itu walaupun sebahagian diri terasa amat
malu untuk membuka pekung di dada sendiri.
“Ceritalah.
Sebulan pun abang sanggup tunggu sampai Rina habis bercerita,” Adam Zaffran
membalas ikhlas. Riak di wajahnya memang memaparkan rasa ingin tahu yang kian
menggunung.
Aku
lantas memandang lelaki di sebelah ku ini. Ada perasaan aneh yang ku rasakan
dengan kesungguhannya itu. Walaupun dimaki hamun oleh ku dia tetap begitu.
Tetap tenang dan sabar. Untuk apa dia bersusah payah begini? Apa faedah yang
didapatinya? “Apa yang membuatkan abang berminat sangat dengan cerita saya ni?
Bukannya cerita yang menarik pun untuk didengar,” kata ku hairan sambil
memandangnya.
Adam
Zaffran menghela nafas seketika. “Abang tahu Rina ada masalah. Mungkin masalah
yang membabitkan soal kerohanian. Abang nampak cara Rina ni amat bertentangan
dengan kehendak diri Rina. Kerana itu abang sungguh-sungguh nak tengok Rina kembali
kepada diri Rina yang sebenarnya. Kembali ke jalan yang benar iaitu ke jalan
ALLAH..” balas Adam Zaffran dengan nada tenang.
Aku
terdiam mendengar kata-katanya itu. Ada rasa malu terbesit pada diri ku yang
serba daif ini. Ya! Kembali kepada siapa aku sebenarnya. Apakah aku seteruk ini
sebenarnya? Tidak! Aku masih tidak pernah mencuba untuk mengubah diri ku untuk
menjadi yang lebih baik. Siapa yang mahu hidup tanpa arah? Tetapi jika tidak
mencuba bagaimana untuk ketemu arah yang benar?
Aku
menyeka air mata ku perlahan. Ada sedikit perasaan malu menyelit di sanubari ku
apabila melihat panahan matanya yang sedang setia merenung wajah ku. Namun air
mata ku menjadi semakin murah apabila terkenangkan peristiwa lama itu. “Susah
saya nak cerita sebab itu kisah lama saya yang memeritkan..” ujar ku kepada
lelaki yang masih setia memerhatikan aku itu.
“Kalau
susah nak cerita takpe. Abang tak mahu paksa Rina. Mungkin bila Rina dah
bersedia nak berkongsi cerita dengan abang nanti Rina boleh ceritakan pada
abang. Cuma nasihat abang, janganlah kerana apa yang ALLAH dah tentukan dalam
hidup kita ni kita jadikan alasan untuk melupakan siapa diri kita sebenarnya,
milik siapa kita ni sebenarnya, dari mana kita datang dan ke mana kita akan
kembali suatu hari nanti. Jangan sesekali lupakan semua itu. Sebab apabila
sampai masanya janji ALLAH sampai kepada kita, takde tanah yang boleh
menyembunyikan kita daripada menjawab kepada ALLAH suatu hari nanti.
Jika
kesusahan yang Rina rasakan selama ini, ingatlah yang kesusahan itu datang
sebagai ujian kerana ALLAH rindu untuk mendengar suara kita. ALLAH mahu kita
meminta kepada-NYA kerana DIAlah tempat kita meminta pertolongan. Setiap yang
berlaku tu ada hikmahnya dan hikmah tu akan didapati sekiranya kita redha.
Inilah masanya, Rina. Mulakan menadah tangan sekarang. Memintalah kepada Yang
Berhak. Semakin lama Rina menanti hati akan semakin mati. Jangan menunggu
sehingga hati kita menjadi batu. Waktu tu hanya ihsan ALLAH sahaja yang boleh
mengubah hati kita.”
Aku
terdiam mendengar nasihatnya. Namun rasa hati ku sukar untuk aku gambarkan
apabila dia sekali lagi menasihati aku agar berubah.
“Rina,
abang tak mahu Rina terus tersesat lagi. Mulakanlah hidup baru bermula dari
sekarang. Bukannya susah, sekadar mengambil wuduk dan mengangkat takbiratulihram
kemudian sujud menyembah ALLAH. Abang rasa sekarang ni Rina sepatutnya sedar
dan tahu apa jawapannya kepada hati yang selalu resah, kosong dan jiwa yang tak
tenteram. Hati ni juga perlukan makanan. Makanan hati adalah kalimah zikrullah.
Kalau sudah lama lidah kita kelu daripada menyebut nama ALLAH, hati akan
semakin kelaparan dan akhirnya mati. Inilah sebabnya mengapa sikap Rina tak
menentu. Suka marah, suka termenung dan selalu murung. Apabila hati semakin
kontang kita tidak akan menemui ketenangan walaupun saat kita sedang
bergembira. Kita tetap akan resah walaupun duit bertimbun-timbun. Inilah
pentanda hati sudah menjadi hitam. Dalam hidup ni takde satu manusia pun yang
akan terlepas dari dugaan tapi mengapa ada yang gagal dan ada yang berjaya
melepasinya? Jawapannya senang saja. Tunggak utama di dalam hidup kita adalah
iman. Bagaimana untuk menjadi orang yang beriman kalau kita tak pernah ingat
ALLAH? Bagaimana ALLAH mahu membantu kita kalau kita tak pernah ingat pada
DIA?”
Semakin
laju air mata ku mengalir apabila mendengar bicaranya yang kedengaran cukup
ikhlas itu. Lama kelamaan esakan ku mulai kedengaran. Entah kenapa saat
mengingati ALLAH aku terlalu sayu. Kesayuan yang terlalu dalam dan sukar untuk
ku gambarkan. Aku lebih sayu saat ini berbanding saat aku dihalau emak dahulu.
Aku lebih sayu mendengar kata-kata Adam Zaffran berbanding saat aku dicerca
emak dengan bahasa makian. Kesayuan ini amat dalam dan tangisan ku bagaikan
tidak tertahan. Betapalah selama ini aku tidak pernah mengingati ALLAH. Aku
mengabaikan tanggungjawabku kepada-NYA selama hidup ku ini.
“Abang
takde niat untuk mengecilkan hati Rina dengan kata-kata abang tadi. Abang cuma
tak mahu Rina terus begini. Jangan sia-siakan hidup yang ALLAH dah berikan pada
kita. Suatu hari nanti ALLAH akan bertanya kepada kita semula. Sanggup ke kita
menahan azab ALLAH nanti? Tanyalah diri Rina sendiri seikhlasnya. Jawab soalan
itu sejujurnya. Siapa diantara kita manusia yang mampu menahan azab ALLAH di
akhirat nanti? Susah di dunia sahaja dah membuatkan kita sesat apatah lagi
waktu di akhirat nanti. Takde tempat yang dapat kita sembunyikan diri dari
ALLLAH, Rina.”
Lama
aku berkeadaan begitu dan Adam Zaffran terus sabar menanti sehingga aku selesai
menangis.
“Terima
kasih sebab abang nasihatkan saya..” luah ku setelah reda tangisan ku.
“Ingatan
ni abang berikan secara percuma, Rina. Tak perlu berterima kasih pada abang.
Tanggungjawab kita sesama manusia ialah saling mengingatkan. Abang faham Rina
perlukan teman untuk bercerita dan abang sedia mendengar. Abang tahu sebelum ni
Rina sangsi dengan abang. Rina ingat mungkin abang ni jahat sebab Rina tak
kenal abangkan? Abang nak Rina tahu, abang bukan orang jahat. Abang takkan
menganiaya orang kerana itu perbuatan yang berdosa. Orang menganiaya orang ni
dosanya hanya boleh diampunkan oleh orang yang aniayanya dan bukan semua orang
suka memaafkan. Abang tak mahu Rina pandang abang ni sama macam orang lain.
Abang bukan begitu..” Adam Zaffran menjawab lembut sambil memerhatikan aku.
Aku
mengangguk akur dengan kata-katanya itu.
“Pertama
kali abang nampak Rina dulu hati kecil abang kata Rina bagaikan tersesat
diantara mereka semua. Ada kepuraan-puraan yang dipamirkan dalam tingkah laku
Rina dan abang tahu Rina tak gembira dengan hidup Rina. Abang tahu bukan itu
yang Rina mahu sebenarnya..” sambung Adam Zaffran lagi apabila melihat aku
hanya diam.
“Abang
pakar menilik orang lain? Apa lagi yang abang nampak pada saya ni? Lesbian,
masih ingat dengan makna lesbian tu?”
“Astaghafirullahaladzim..
Rina, Rasullullah SAW takkan mengaku kita umatnya jika kita menafikan kewujudan
makhluk yang berlainan jantina dengan kita. Kita tak boleh melawan fitrah yang
dah ALLAH tentukan untuk diri kita. Hubungan sesama jenis ni amat dikeji dalam
islam. Lelaki dan perempuan dilahirkan berpasangan-pasangan tetapi bukan dengan
sesama jenis. Berhubungan sesama jenis ini adalah salah satu dari dosa besar,
Rina. Ingatlah azab ALLAH tidak akan mengira siapa dan tak akan kasihankan
sesiapa,” suara Adam Zaffran sedikit menekan tegas mahu menyedarkan aku akan
hakikat itu.
“Ya!
Semua makhluk yang ALLAH cipta akan ada pasangannya. Tak terkecuali juga
manusia. Tapi saya dah lama hilang kepercayaan kepada kaum lelaki. Saya benci
lelaki!” aku juga bertegas dengan apa yang aku simpan di dalam dada ku.
“Mengapa
benci lelaki? Cakap dengan abang. Abang juga lelaki, sebab itu ke Rina selalu
cakap kasar pada abang?” Adam Zaffran menjawab semula kepada ku.
“Ya!
Semua lelaki saya benci termasuklah abang. Lelaki semuanya sama aja. Lelaki ni
makhluk yang kejam!” tekan ku agak lantang kepadanya.
“Abang
masih tak jelas dengan sebabnya Rina bencikan lelaki tapi abang nak tegaskan di
sini yang bukan semua lelaki sama. Abang tak sama dengan lelaki lain!” sebagai
mana aku tegas begitu juga dia menekan aku agar mempercayai dirinya.
Aku
tersenyum sinis kepadanya. “Apa yang tak sama? Lelaki gunakan perempuan untuk
apa? Untuk nafsukan? Itu aja! Lebih dari itu takde. Saya memang benci lelaki.
Bagi saya lelaki ni keji. Bajingan!” luah ku agak meninggi bagi meluahkan
perasaan yang sekian lama terkurung di dada ku ini. Entah kenapa saat itu air
mata ku jadi murah pula. Aku menangis lagi di hadapan matanya.
Adam
Zaffran terpaku memandang ku. Lama kami hanya berdiam dan aku hanya menangis.
Sesungguh tiada siapa yang pernah tahu bahawa aku juga memerlukan lelaki di
dalam hidup ku tetapi aku takut. Terlalu takut dengan apa yang telah aku
saksikan dahulu. Aku masih ingat dengan jelas bagaimana teman ku arwah Syuhadah
diperkosa, diliwat dan dibunuh. Raungan perih deritanya itu masih
terngiang-ngiang ditelinga ku ini. Aku masih ingat bagaimana Jabar memujuk aku
agar membuktikan kesetian ku dengan membenarkan dia meratah keseluruhan tubuh
ku. Aku masih ingat bagaimana rakusnya pandangan bapa saudara ku sendiri kepada
ku. Aku masih ingat semua itu. Lelaki hanya membuatkan aku merasa terancam.
“Rina
rasa apa sekarang?” Adam Zaffran menyoal ku apabila tangisan ku sedikit reda.
Lembut suaranya membuatkan aku merasa sedikit yakin yang dia memang ikhlas mahu
membantu ku.
“Rasa
sakit! Sakit jiwa dengan apa yang ada dalam hidup saya sekarang. Kalau boleh
saya nak pergi jauh ke tempat yang boleh membuatkan saya hidup aman. Kalau
boleh saya tak mahu sesiapa ganggu saya dan saya tak mahu ingat lagi semua peristiwa
yang menyakitkan jiwa saya selama ini..” luah ku masih tertekan apabila
teringatkan peristiwa lama.
“Tempat
yang paling aman di atas dunia ini adalah yang berhampiran dengan ALLAH. Rina
tahu di mana tempat yang paling dekat dengan ALLAH?”
Aku
memandangnya seketika sebelum menggeleng. Aku memang naif. Aku mana tahu semua
itu. Selama ini aku hanya dengan diri ku. Aku sama sekali lupa kepada Pencipta
ku.
“Tempat
yang paling dekat dengan ALLAH adalah tempat kita bersujud apabila kita
bersolat. Tak perlu pergi begitu jauh, Rina. Hanya di tikar sembahyang sudah
cukup dekat dengan ALLAH. Hanya di situ sahaja ada ketenangan yang hakiki.
Ketenangan yang lain hanya luaran sahaja tidak akan sama dengan ketenangan
apabila kita mengingati ALLAH,” nada Adam Zaffran semakin lembut mendayu
menasihati ku.
“Tapi
saya malu pada ALLAH.”
“Apa
yang nak dimalukan?”
“Mahu
ke ALLAH maafkan saya? Saya terlalu banyak dosa. Mahu ke ALLAH ampunkan saya?
Saya dah tak bersolat dah bertahun-tahun. Semenjak saya kecil solat memang tak
pernah ada dalam agenda hidup saya. Saya hidup dalam keluarga yang teruk. Mak
saya tak adil kepada saya. Mak dengan ayah saya tak sayangkan saya. Saya
dihalau keluar dari rumah macam sampah. Hidup saya kacau bilau. Saya ni hina!”
ada terbesit kesebakan di dalam nada ku. Saat mengingati ALLAH betapa aku
merasai dunia ini terlalu luas dan aku sedang tersesat di jalan hitam dan hanya
dengan menyebut kalimah ALLAH aku bagaikan terlihat sejalur cahaya yang sedang
memanggil aku pulang ke jalan yang benar.
“Subhanallah!
ALLAH Maha Pengampun, Rina. Kerana kita banyak dosalah kita kena selalu sujud
kepada ALLAH untuk meminta kepada-NYA. Seharusnya apabila kita susah semakin
itulah kita ingat kepada ALLAH dan bukannya menafikan..” lelaki itu terus
memujuk ku dengan lembut dan sabar.
Aku
terdiam namun dada ku sebak lagi apabila dia menyebut nama ALLAH dengan ku. Aku
memang sudah bertahun tidak bersolat. Malahan telekung sembahyang dan sejadah
juga tidak wujud di dalam bilik tidur ku.
“Boleh
abang tahu apa peristiwa yang berlaku yang menyebabkan Rina bencikan lelaki.
Mengapa Rina merasakan lelaki ni bajingan?”
“Ini
rahsia saya. Mungkin tak patut saya ceritakan rahsia ni pada orang yang saya
tak kenal.”
“Ini
rahsia atau masalah sebenarnya? Fikir baik-baik. Kalau benar ini sekadar rahsia
peribadi abang takkan paksa Rina ceritakan tentang itu tapi kalau itu
sebenarnya masalah, abang mahu Rina ceritakan supaya kita sama-sama mencari
penyelesaiannya..” Adam Zaffran menjawab serius.
Lama
aku berdiam memikirkan apa yang diucapkan oleh Adam Zaffran. Cuba ku perhalusi
apa sebenarnya yang melanda diri ku selama ini. Benar kata Adam Zaffran. Jika
ini sekadar rahsia tidak wajib untuk aku membukanya. Namun jika ini satu
masalah yang maka aku harus meminta bantuan seseorang untuk mencari
penyelesaiannya. Namun aku akhirnya aku menemukan jawapan yang pasti buat diri
ku setelah aku fikir sedalam-dalamnya. Aku tahu ini bukan sekadar rahsia
peribadi. Sikap sukar mempercayai orang di sekeliling ku adalah hasil dari
kenangan hitam itu semua. Truama dan fobia yang aku rasakan membuatkan aku
merasa gentar jika melihat kelompok lelaki yang duduk beramai-ramai. Aku
prejudis kepada semua lelaki yang ada di sekeliling ku sehingga aku tidak
pernah membiarkan diri ku dikenali oleh mana-mana lelaki sebelum Adam Zaffran.
Ini bukan rahsia tetapi sebenarnya masalah. Aku bermasalah. Aku menghela nafas
seketika sebelum aku memutuskan untuk membuka cerita itu kepadanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan