Bunga seroja bunga cempaka
Elok dibuat si bunga rampai
Ada duka ada petaka
Tanda cubaan telah pun sampai
Di kampus kami berperang lagi..
Aku benar-benar tidak boleh bertahan dengan lagak Estaban.
Sudahlah sebelum ini dia dengan berani mencium pipi ku. Sekarang lain pula
ceritanya. Janji yang kami ukir bersama dahulu sudah tidak lekat lagi
dibenaknya.
“Saya sebenarnya dah cukup letih nak buat awak faham
pendirian saya. Estaban, saya tak mahu! Awak nak saya cakap bahasa apa supaya
awak tak ajukan benda yang sama banyak kali? Awak ingat saya tak tahu ke apa
yang awak cuba buat ni?” bentak ku sudah tidak sabar lagi.
“Saya cuma nak ajak awak temankan saya ke sana. Sekejap
pun jadilah!”
“Eh! Parti-parti ni semua tak masuklah dalam otak saya! Saya
tak mahu, awak tak faham ke?” semakin meninggi suara ku.
Estaban terdiam merenung wajah ku. Aku tahu, dia sudah
mula muak dengan penolakan ku. Siapa suruh ajak aku? Ajaklah yang kaki parti
macam dia!
“Saya dah malas nak layan awak lagi. Awak bukannya nak
faham! Benda yang saya tak suka, itulah yang awak nak buat. Ini ke yang awak
kata nak berubah sangat?” soal ku tajam. Malas mahu memandangnya aku pandang ke
arah lain.
“Takkanlah saya nak ajak bersosial sikit pun awak tak
mahu? Saya janji takkan suruh awak ambil alkohol. Saya tahu islam melarang
umatnya meminum alkohol. Saya cuma nak awak bergaul dengan kawan-kawan saya
yang lain. Salah ke?” ujar Estaban pula.
Aku ketawa sinis mendengar alasannya itu. Apa dia fikir
dengan berkata begitu aku mudah meletakkan kepercayaan kepada dia? Minta
maaflah! “Kalau saya nak bersosial pun.. tak perlu dengan parti-parti tu semua.
Selama ni saya bersosial jugak. Tapi dengan cara saya! Saya tak paksa awak ikut
cara saya, tapi awak janganlah nak paksa saya ikut kehendak awak pulak. Apa perlunya
awak nak bawak saya ke sana. Saya bukannya teman wanita awak! Hidup awak takde
kena mengena pun dengan saya.” Aku menjawab tajam.
“Awak ni degil betullah!” Estaban pula membentak kepada
ku.
“Syukur seribu syukurlah kalau awak cakap saya ni degil.
Jadi lepas ni tak payahlah awak pasang impian nak bawak saya ke tempat-tempat
macam tu lagi ya? Itu bukan dunia saya!” jawab ku selamba.
Estaban mendegus tidak senang dengan bicara ku.
“Saya nak balik ni. Sebab awak, Ameena dah tinggalkan
saya!”
“Saya hantar awak?” pelawanya pantas.
“Saya tak nak!” jawab ku keras. Kalau berdua sahaja,
macam-macam dia boleh buat pada aku. Kalau sebelum ni cium kat pipi.. kalau dah
dalam kereta? Mintak jauhlah!
“Awak memang tak ikhlas nak kawan dengan saya, Insyirah!”
keluhnya kecewa dengan penolakan ku.
Aku tergelak entah kenapa. Gelihati pula mendengar
kata-katanya. “Oh! Awak tahu apa itu ikhlas ya? Tapi bila awak melampaui batas
yang saya benarkan, ada awak fikir yang awak ikhlas ke tidak dengan saya? Macam
tu caranya awak nak saya ikut awak ke sana ke mari? Saya memang tak pernah
percayakan lelaki pembohong macam awak ni, Estaban. Jangan fikir awak boleh
kelentong saya lagi. Saya tahu awak sebenarnya anggap saya ni sama macam
perempuan-perempuan lain. Saya tahu sebenarnya awak nak saya ikut cara awak.”
“Saya tak tipu bila saya cakap yang saya sukakan awak..”
“Saya pun tak tipu bila saya cakap saya langsung takde
hati pada awak. Jadi awak berhentilah ganggu saya lagi. Saya tak inginkan ni
semua,” ucap ku nekad.
Estaban sedikit terkejut mendengar bicara ku. “Apa maksud
awak?”
“Saya rasa kita memang tak sesuai jadi kawan. Apatah lagi
nak lebih dari itu. Jadi awak teruskanlah dengan kehidupan awak yang macam ni dan
saya terus dengan kehidupan saya. Sekurang-kurangnya kita tak saling
menyakitkan hati masing-masing,” ujar ku tanpa perasaan.
“Tapi awak dah kata nak beri saya peluang,” bantah lelaki
itu sedikit keras.
“Peluang?” aku sempat ketawa kecil. “Peluang untuk apa? Untuk
awak sentuh saya sesuka hati awak? Peluang untuk awak pujuk saya ke parti
dengan awak? Lepas tu apa akan jadi? Awak nak pujuk saya ikut awak balik ke
rumah awak? Awak fikir saya tak tahu ke apa yang bermain dalam otak awak tu?”
tekan ku agak keras.
“Awak ni memang kolotlah, Insyirah. Salah ke kalau saya
nak berseronok dengan perempuan yang saya suka?” bentaknya agak keras.
“Untuk awak tak salah tapi untuk saya itu memang salah! Dahlah!
Saya dah bosan tengok muka awak. Saya nak balik!” tegas ku malas sudah
mendengar kata-katanya. Semakin banyak dia bercakap aku semakin muak. Tanpa menunggu
lagi aku terus meninggalkannya.
“Insyirah, nanti dulu..” Estaban mula mengekori ku. Lengan
ku terus ditariknya sehingga aku terdorong semula kepadanya.
“Awak jangan nak melampau, Estaban! Awak ni memang jenis
muka tak tahu malu! Awak tak faham ke yang saya tak suka awak?” jerit ku sudah
hilang sabar. Beberapa orang pelajar yang lalu lalang sempat memandang kami. Ada
yang memandang lama kepada Estaban.
Estaban terpaku melihat gelagat ku. Wajahnya mula
bertukar warna.
“Awak nak saya cakap macamana lagi? Saya dah bosan dengan
semua ni!” jerit ku masih tidak puas meluahkan kemarahan kepadanya. Melihat dia
sekadar terpaku, aku akhirnya berlalu segera meninggalkan kawasan itu. Bimbang
dia mengekori lagi, langkah ku hayun selaju mungkin meninggalkan kawasan
rekreasi itu untuk ke pintu pagar utama. Kali terakhir aku menoleh, Estaban
masih terpaku di tempat yang sama memerhatikan aku.
Hidup
tidak selalunya indah.. Begitulah juga dengan hidup
di atas dunia ini.
Semenjak pertengkaran itu, kami tidak berbaik seperti
yang diharapkan. Aku benar-benar benci melihat gelagatnya. Kononnya mahu
menjadi kawan.. tetapi disebabkan peristiwa itu aku tidak mampu lagi bertolak
ansur kepadanya. Aku serik dipermainkan!
Hari ini aku nampak sikapnya sudah berbeza berbanding
semalam. Di kampus aku masih nampak dia di mana-mana. Namun dia tidak lagi
datang menegur ku. Walaupun pada hakikatnya inilah yang sangat aku mahukan,
namun dalam diam ada rasa resah sering merantai hati ku. Bukan setakat dia
mempamirkan gelagat acuh tidak acuhnya.. sebaliknya dia memalingkan wajah
apabila bertembung dengan ku. Aku dapat merasakan ada benda yang tidak kena
dengan Estaban.
Malam itu aku dan Ameena bertukar angin dengan keluar sembahyang
berjemaah di Masjid Umar Faruqe berhampiran dengan King Hedges Road. Masjid itu
tidaklah sebegitu jauh daripada rumah. Cukup sekadar berberjalan kaki sahaja.
Kadang-kala apabila ada masa terluang kami akan ke sana memeriahkan jemaah
masjid itu. Tetapi entah kenapa semenjak kebelakangan ini kami sudah lama tidak
memperaktikkan tuntutan itu. Malam ini kami ke sana kerana ada ceramah agama
dari pendakwah yang diundang daripada Arab Saudi.
Ketika kami sampai, masjid agak sesak dengan jemaah lain.
Itu kami tidak hairan. Memang persekitaran rumah kami dihuni oleh ramai orang
islam yang terdiri daripada pelajar-pelajar universiti dan tenaga pengajar
untuk fakulti pengajian islam. Juga ramai warga Sudan dan Saudi Arabia.
Tetapi sepulang dari masjid, aku tidak lagi bersama
Ameena kerana Ameena telah bertemu dengan rakan sekuliahnya di masjid itu. Dia
masih berborak di masjid. Akhirnya aku terpaksa membawa diri pulang ke rumah
sendirian. Aku sudah cukup keletihan untuk menunggu Ameena yang sememangnya
kaki berborak itu. Waktu juga sebenarnya sudah lewat dan kebanyakan jemaah
sudah pulang. Aku tidak bimbang kerana setahu ku kejiranan ini selamat untuk
kami.
Kaki ku hayun sepantas mungkin apabila menyedari aku
hanya seorang diri. Kawasan sekeliling sudah semakin sunyi. Kebanyakan kedai
sudah melabuhkan tirai urus niaga. Sepanjang jalan boleh dikira berapa manusia
yang aku temui. Entah kenapa aku seram sendiri. Lebih seram apabila laluan
taman rekreasi yang selalunya ramai orang, kini sedang sunyi sepi tanpa
sesiapa. Malam ini pula sejuknya memang
lain macam.
Tatkala melalui kawasan pejalan kaki taman itu hanya ada
pokok di kiri dan kanan menemani ku. Aku cuba berjalan selaju mungkin. Namun di
pertengahan jalan keluar satu lembaga dari sebalik pokok besar di hadapan ku. Langkah
ku terus terhenti. Dada ku berdegup kencang melihat dalam kesamaran lampu noen seorang
lelaki terhoyong-hayang mendekatiku. Aku terpaku di tempat ku berdiri memandang
lelaki itu.
Estaban.. aku sempat menyebut nama itu dalam hati setelah
mampu mengecam lembaga itu. Ada rasa tidak enak menerpa dalam diri ku apabila
menyedari Estaban mungkin sedang mabuk dari caranya berjalan. Aku pula sedang
berada di laluan yang sunyi tanpa kehadiran orang ramai. Tambahan pula kawasan itu
agak malap kerana hanya diterangi oleh cahaya lampu noen.
“Lama kita tak berbual..” ucap Estaban apabila berada
dekat dengan ku. Dia memandang ku lama sebelum menogok air dari dalam botol di
tangannya.
Aku menelan liur kepahitan dalam kepegunan. Rasa tidak
enak mula berganti dengan rasa gentar. Sekejap sahaja rasa itu mula menyerang
seluruh urat saraf ku. Dalam kebisuan mata ku meliar memandang ke kiri dan
kanan untuk mencari seseorang untuk meminta bantuan jika ada apa-apa berlaku.
“Awak nak apa dari saya?” soal ku buat-buat berani.
“Saya cuma nak berbual dengan awak sekejap,” jawab
Estaban sambil tersenyum. Namun lain macam senyumannya. Kemudian dia meneguk
lagi alkohol dari dalam botol di tangannya. Aku yang memandang semakin seram. Aku
tahu dia sedang mabuk.
“Saya nak balik, Estaban.” Menyedari dia sedang tidak
waras aku nekad mahu melarikan diri sahaja.
“Sekejap saja. Tolonglah!” Sepantas kilat Estaban
mencapai tangan ku.
“Saya nak balik! Lepaskan saya!” bentak ku kuat. Aku cuba
merentap semula tangan ku namun pegangannya terlalu kuat. Aku meronta-ronta
cuba meleraikan tangannya sehingga beg telekong yang ku bawa terjatuh ke tanah.
“Tidak terlalu awal, sayang. Saya tidak menerima jawapan
tidak pada kali ini. Awka dah cukup menyakitkan hati saya!” Estaban menjawab
marah. Dengan pantas dia merentap pergelangan tangan ku sehingga aku terdorong
kepadanya. Tubuh ku dipautnya dan dia terus menekup mulut ku. Dengan kudrat
lelakinya aku ditarik kasar ke suatu kawasan yang agak gelap. Malang sekali
ketika itu, tiada siapa yang ternampak perbuatannya kepada ku. Dan aku tidak
terdaya untuk meminta tolong.
Aku semakin kuat meronta setelah aku sedar yang aku sudah
di bawa jauh dari laluan tadi. Lelaki itu menolak ku sehingga aku terjatuh di
atas rumput yang basah dan licin.
“Estaban, awak ni dah gila!” jerit ku cuba sambil cuba
melarikan diri darinya. Namun lelaki itu terus menindih ku. Apa sahaja tindakan
yang ada aku gunakan untuk melepaskan diri darinya. Namun dek kerana tubuhnya
yang begitu berat, aku tidak mampu bergerak. Melainkan aku hanya terdaya
memukul wajahnya.
Estaban ketawa seronok melihat ku. “Saya memang dah lama
gilakan awak!” ucapnya tajam. Kedua-dua tangannya ku dicapainya lalu ditekan ke
atas rumput. “Hari ni awak akan terima balasannya. Saya dah puas dihina!”
ucapnya tajam.
“Lepaskan saya!” jerkah ku. Tanpa belas kasihan Estaban
menampar pipi ku. Serentak itu aku mulai terasa pening. Alam sekeliling terasa
bagaikan sedang berputar.
“Saya akan tunaikan janji saya sebelum ini. Saya akan dapatkan
awak. Saya sudah katakan dulu!” kata Estaban sambil menarik kasar tudung di
kepala ku.
“Jangan, Estaban! Tolong lepaskan saya!!” rayu ku dengan
sisa tenaga yang tidak seberapa. Aku cuba menolak tangan kasar itu yang rakus menjamah
tubuh ku tetapi tenaga lelaki yang sedang dipengaruhi arak itu bukanlah
tandingan untuk aku menangi.
“Merayulah.. saya memang nak dengar awak merayu pada
saya!” ucap Estaban kasar. Bibirnya cuba dilekapkan ke bibir ku. Aku hanya terdaya
berpaling dari memandangnya dengan air mata yang sudah mengalir di pipi.
Estaban ketawa melihat kedegilan ku. “Saya takkan
lepaskan awak. Saya memang dah lama mengimpikan untuk menikmati tubuh badan
awak. Tiada siapa boleh halang saya sekarang. Cubalah hentikan saya kalau awak
boleh. Atau awak boleh menjerit memanggil nama Tuhan sekarang. Awak bukan
biarawati, masih ingat? Jadi apa salahnya jika kita berseronok sekejap?” Estaban
ketawa-ketawa lagi mempersendakan aku yang sudah kekalahan. Tangannya semakin
rakus cuba meragut apa yang sedang menutupi tubuh perempuan ku namun aku tetap
menolak tangannya.
“Jangan degil, Insyirah!” bentak Estaban berang.
“Tolonglah jangan buat saya macam ni..” rayu ku dengan
tangisan yang sudah tidak dapat ku kawal. Aku hanya melihat masa depan ku kian
gelap segelap langit yang sedang berada di atas ku.
“Saya memang nak bawa awak ke parti tu supaya saya dapat tidur
dengan awak lepas tu. Tapi awak tetap menolak! Jadi saya mesti dapatkan awak
dengan cara macam ni,” ujarnya keras.
“Saya takkan menyerah pada binatang macam awak!” aku
menjerit kuat sambil cuba menolak tubuh lelaki itu yang sedang memberat di atas
tubuh ku. Sedang aku berhempas pulas, aku terdengar suara manusia. “Tolong..”
aku cuba menjerit untuk menarik perhatian orang di laluan pejalan kaki. Tetapi
dengan pantas Estaban menekup mulut ku dengan sebelah tangannya.
Peluang yang datang segera ku gunakan. Tangan lelaki itu
aku gigit sehingga lelaki itu menjerit keras. Spontan Estaban segera menarik
tangannya daripada mulut ku. Aku terus menendang perut lelaki itu sehingga
Estaban tergolek di atas rumput di sebelah ku. Sepantas kilat aku bangun untuk melarikan
diri. Tetapi baru sahaja selangkah aku merangkak untuk menjauhkan diri, sebelah
kaki ku berjaya dicapai oleh Estaban. Tubuh ku mula terseret semula ke belakang
apabila ditarik kuat oleh lelaki itu. Tubuh ku dibalikkannya lalu ditampar
lagi.
“Kau memang sundal!” jerkah Estaban amat marah.
Aku menangis tidak berdaya. Hanya tinggal kata-kata yang
mampu ku luahkan untuk menagih belas kasihan lelaki ini. “Tolonglah jangan buat
saya macam ni..” rayu ku dengan derai air mata.
“Jangan melawan kalau awak tak mahu disakiti, Insyirah!!”
ugut Estaban tajam. Dia merobek bahagian hadapan baju ku.
“Jangan, Estaban!” aku menolak lagi. “Tolong!” Aku sempat
lagi menjerit untuk menarik perhatian orang. Tetapi tiada orang lain! Kosong
sama sekali kawasan itu..
Ya Allah! Tolonglah aku.. rayu ku di dalam hati. Aku tahu
aku sudah tidak berupaya melakukan apa-apa.
“Ameena.. Hamizah.. tolong aku!” Aku sempat merintih
memanggil dua sahabat ku itu. Namun aku sedar tidak mungkin dua sahabat ku itu
mampu mendengar kepada ku.
“Diam!” Estaban sekali lagi menampar pipi ku dengan kuat.
Aku terus lembik akibat tamparan kali ke tiga itu. Kepala ku teramat sakit.
“Ya Allah..” hanya rintihan mendayu itu yang mampu ku
luahkan apabila aku merasakan Estaban hampir berjaya mendapatkan apa yang paling
dihajatkan pada tubuh ku ini. Dengan kudrat yang tidak seberapa tubuh lelaki
itu cuba ku tolak lagi untuk mempertahankan apa yang paling berharga pada diri
ku. Namun dengan penolakan selemah itu, aky tidak mampu menghentikan
kebinatangan lelaki itu.
“Ya Allah, bantulah aku..” akhirnya aku hanya terdaya mengongoi
kekalahan akibat perbuatan kedurjanaan lelaki itu. Rayuan ku tiada yang
mendengar. Hanya Tuhan yang tahu betapa sakit yang dirasakannya saat ini.
Malam itu aku tewas juga kepada lelaki itu. Malam itu telah
tertulis di buku takdir ku, Estaban berjaya juga menandakan noda kepada diri ku.
Tangisan ku merupakan satu kemenangan yang maha besar buat lelaki itu. Setelah
puas membalas dendamnya dengan mengulangi perbuatan itu berkali-kali, aku ditinggalkan
di kawasan itu sendirian dalam keadaan yang hina.
Terlalu hina sehina perbuatannya itu!
Laporan polis sudah ku buat. Sudah
berjam-jam rasanya aku berurusan dengan detektif di balai polis itu. Namun
lelaki gemuk itu seperti orang malas sahaja melayan aduan ku. Dia tidak banyak
bertanya sebaliknya hanya duduk di hadapan ku di dalam bilik siasatan itu
sambil menulis sesuatu.
Aku bersendirian di situ. Sementara Hamizah dan Ameena
diminta menanti di luar. Sejam selepas itu berulah kelibat Estaban tiba di
balai polis itu dengan seorang lagi pegawai polis. Namun aku lihat dia tidak
digari seperti seorang penjenayah. Estaban diarahkan masuk ke bilik yang sama
dengan ku. Kami berdua sempat berpandangan. Namun aku lebih pantas mengalihkan
pandangan. Menggelegak darah ku melihat senyuman sinis yang tersuging di bibir
lelaki itu.
“Dia menuduh awak memperkosa dia, betul ke?” soal detektif
gemuk bernama Martin itu kepada Estaban. Nadanya biasa sahaja seolah-olah tiada
apa yang penting dengan perbuatan lelaki itu.
Estaban memandang ku tanpa segera menjawab soalan itu.
Bibirnya masih sempat mengukir senyuman kemenangan. Langsung tidak terlakar
rasa gentar sedangkan dia sudah melakukan satu jenayah yang berat. Jijik aku
melihat gayanya itu. Mahu sahaja aku meludah muka lelaki itu.
“Awak perkosa dia atau awak berdua melakukannya suka sama
suka?” soal detektif gemuk itu lagi setelah Estaban tidak menjawab kepadanya. Dia
sibuk nak memandang kepada ku.
Tersirap darah ku mendengar telahan itu. Terlalu kurang
ajar rasanya mulut pegawai polis itu. Semenjak tadi aku dapat merasakan
berlakunya diskriminasi kepada warga asing seperti aku. Aduan ku itu tidak
mendatangkan apa-apa reaksi dari pegawai polis itu. Detektif Martin sekadar
memandang enteng dengan apa yang aku laporkan kepadanya. Namun aku harus akur,
aku terpaksa bersabar memandangkan ini bukan tempat lahir ku. Mungkin cara
mereka di UK ini melayan orang awam tidak sama seperti mana pihak polis di
Malaysia. Semuanya sama rata.
Estaban tersengih lagi. “Periksalah dia kalau betul saya
sudah perkosa dia. Dia memang suka ramai lelaki melihat tubuh badannya. Mungkin
awak patut membawa dia untuk diperiksa oleh semua doktor lelaki di hospital
itu. Bogelkan dia dan kamu periksalah setiap inci tubuh badan dia,” ucap
Estaban mengejek.
“Awak ni memang binatang, Estaban!” jerkah ku sudah tidak
tahan dengan kelakuan lelaki itu. Aku terasa mahu memekik untuk meluahkan
perasaan ku. Apakah langsung tidak ada belas kasihan di hati Estaban atas segala
yang terjadi?
Estaban hanya tergelak sahaja sementara pegawai polis itu
memandang ku dengan muka serius. Pen yang dipegangnya dihalakan kepada ku. “Kita
harus memeriksa awak untuk memastikan samaada ada bukti yang awak diperkosa.
Kita akan buat ujian klinikal di hospital,” ucap detektif itu kepada ku.
Ujian klinikal? Bagaimana ujian itu dilakukan? Aku sudah
menelan liur sendiri.
“Bagaimana?” soal detektif itu kepada ku.
Aku akhirnya mengangguk akur juga dalam ketidakrelaan ku.
Aku sedar yang aku sudah tiada pilihan lain sekiranya mahu mendakwa perbuatan
Estaban. Namun kata-kata Estaban sebentar tadi kembali menghantui fikiran ku.
Rasanya tidak mampu aku membayangkan berapa ramai lelaki yang akan memeriksa
tubuh ku nanti. Sanggupkah aku menempuh keadaan itu? entah! Aku hanya mampu
berserah kepada Yang Esa untuk menentukannya.
yaAllah!!! jahat umat si estaban... kesian insyirah kena rogol dgn si setan tu!!!! eeeee!!!
BalasPadamkdg2 kata2 yg kita luahkan memakan diri kita sendiri... dlm x sedar ianya menyakitkan hati org lain...
BalasPadamyes.. sebab tu pantun tu kata 'walaupun x suka jgnlah dikeji'.
BalasPadamsian nyer kat insyirah..
BalasPadam