Aku benar-benar terkejut dengan kehadiran sebuah kereta
jenis Walkswagon Golf GTI di hadapan rumah ku. Aku menjenguk sekali lagi dan
kelibat pemilik kereta mula kelihatan dari perut kenderaannya. Alangkah
terkejutnya aku melihat gerangan lelaki yang aku kenali. Jeremy!!!
Aku kalut. Apa dibuatnya di rumah ku ini? Bagaimana dia
tahu aku tinggal di sini? Lama aku terintai-intai di sebalik langsung di ruang
tamu itu. Mahu keluar.. tetapi untuk apa? Aku tidak mahu jumpa dia! Jadi biar
sahaja dia terintai-intai ke dalam dari luar pagar itu? Entah! Paling
memelikkan aku bagaimana dia tahu rumah ku? Alamak! Boy dengan teman wanitanya
sudah lama keluar. Aku hanya tinggal seorang di rumah ini. Apa yang harus aku
buat sekarang? Keluar dan menjemputnya masuk minum kopi? Eh! Hilang akal ke kau
ni, Darina? Habis tu? Buat pekak aja, begitu? Entah.. aku resah disebalik
intaian ku.
Akhirnya menyedari tiada sesiapa yang boleh membantu aku
menghalau lelaki itu aku keluar juga. Jeremy James terus tersenyum melihat
kedatangan ku.
“What
are you doing here?”
soal ku tidak senang.
“Looking
for you, Darina..”
“How
do you know my location?”
aku menyoal lagi masih dengan nada tadi.
“Bernice!
I get your adress from her and I’m here because I want to invite you dinner
with me..” luah lelaki cina
itu lembut.
“No! I tak mahu..”
“Please.. I
janji I akan hantar you balik lepas dinner.”
Suara garau lelaki itu kedengaran memujuk lagi. Mendayu-dayu suaranya namun aku
sedikit pun tidak ingin terlena.
“Nak buat apa? Jeremy, jangan datang sini lagi. I tak
suka orang yang I tak kenal datang rumah I!” tegas ku serius.
Jeremy tersenyum. “Is
there anyone with you in this house?” soalnya tanpa mempedulikan apa yang
aku tegaskan kepadanya sebentar tadi.
“Why it become your
concern now?” soal ku mula
merasa cuak. Apa maksudnya bertanya begitu? Kalau tiada sesiapa di rumah ku
maka dia pula yang mahu menemankan aku? Oh tidak mungkin itu akan terjadi!
“Maksud
I kalau you seorang aja di rumah, kenapa tak kita keluar jalan-jalan, get some fresh air with me? What do say? You’re
refused to have dinner with me then I’ll decide to have some conversation with
you about us,” ujar Jeremy
lagi.
“Just
you and me in your car?”
soal ku sedikit jengkel.
“Yes..” balas Jeremy bersungguh.
“Supaya you boleh buat apa yang you suka, macamana you
buat pada I waktu kita kat Slattern House
last time?” sekali lagi aku sengaja melemparkan nada sinis ku kepadanya.
Peristiwa di kelab malam tempohari masih segar diingatan ku bagaimana
lancangnya dia meraba dan cuba mencium ku.
“No! I’m so sorry about
that. Darina. I’m coming for apologize,” balas Jeremy dengan sedikit riak wajah bersalah. Dia
memandang ku lama sehingga aku dapat melihat kesungguhan dalam kata-katanya.
“I
ada dengar you mention about ‘us’ just
now. Itu memang kendengaran pelik sebab I tak pernah sedar pun ada
kewujudan ‘kita’ antara kita berdua selama ni,” sindir ku dengan
sengaja menekankan perkata ‘us’ yang disebutkan Jeremy sebelum ini. Caranya
berbicara seperti ada sesuatu sedang berlaku antara kami berdua sedangkan dia
langsung tidak pernah memiliki tempat dalam hidup ku apatah lagi hati ku.
“Oh,
please do not mocking me, Darina. I’m here as a civilized human. Don’t treat me
this way,” keluh Jeremy mula kecewa
dengan sikap ku.
“Bertamadunlah sangat you ni. Apa yang yang jadi kat club
tu sebelum memang cukup membuktikan yang ni seorang yang cukup adab,” ejek ku
lagi.
Sekali lagi Jeremy mengeluh dengan ejekan ku. “I janji I
takkan buat macam tu lagi. I akan jaga batas I dengan you, okay? Sepanjang dua
minggu ni I hampir lemas dengan memori tentang you. I tahu I dah melampau
sebelum ini. Bagi I peluang sekali lagi. I akan perbetulkan semua kesalahan I
tu, please?” rayu lelaki itu semakin berungguh.
Aku terdiam dalam helaan nafas. Entah apa yang harus aku
katakan kepada lelaki ini. Jelas sekali dia memiliki perasaan cinta kepada ku
namun aku tidak begitu. Adakah lelaki seperti ini mampu menjamin kebahagiaan ku
di hari depan? Entahlah..
“Darina..”
“Wait
here. I’ll come back later..”
ucap ku memintas bicara Jeremy. Kali ini aku mahu mengikutnya tetapi bukan
untuk menerima cintanya sebaliknya aku mahu menjelaskan kepadanya tentang diri
ku dan keinginan ku kepada seorang lelaki.
Setelah lima minit bersiap ringkas aku akur untuk naik
kereta dengan lelaki itu. Melebar senyuman lelaki itu kepada ku saat membuka
pintu keretanya buat ku.
“Where
are we going?” soalnya
kepada ku setelah beberapa saat kereta itu berlalu. Dia masih belum ada idea
untuk membawa aku ke mana sementelah aku menolak untuk makan malam dengannya.
“Emm... Paparich, Subang Taipan,” jawab ku setelah
berfikir buat beberapa saat. Jeremy akur lalu menghalakan kereta ke tempat yang
aku maksudkan.
“Darina, kenapa susah sangat nak hubungi you semenjak
kebelakangan ni? Kenapa you tak pernah jawab call
dari I?” Jeremy memulakan perbualan setelah kami berdiam buat
seketika di dalam kereta itu.
Aku tidak memandangnya namun dalam kebisuan itu kening ku
berkerut. Bila masa pula dia menelefon dan aku tidak menjawabnya? Lagi pula dia
tahu ke nombor telefon ku? Ah! Mungkin dia sudah mendapatkannya dari Bernice.
Jika alamat rumah ku boleh diberi oleh wanita ibu ayam itu, masakan nombor
telefon ku tidak diberinya?
“I
tak ingat pulak yang I ada ignore call dari
you. Bila masa pulak you call I?” balas ku dalam nada bersahaja. Saja aku
mahu menduga yang mana satu panggilan yang datang daripadanya.
“Tengahari
ni I ada call tapi you tak jawab dan tak call I semula. Macam tu juga dengan
sms I bagi pada you. You tak balas,” jelas Jeremy pelahan. Biarpun sedikit namun ada kedengaran di telinga ku
tentang rasa terkilannya. Ah! Lelaki ini memang pandai memainkan wataknya. Dia
memang pandai mewarnakan rupanya dengan berbagai karaktot supaya aku tertipu..
desis hati ku.
Oh! Setelah aku berfikir seketika barulah aku perasan.
Mungkin nombor asing yang aku lihat di telefon ku ketika aku mahu ke kedai
Barakah sebentar tadi adalah nombor lelaki ini. “Sorry.. I tak tahu rupanya itu
nombor you,” ucap ku perlahan. Apa bezanya kalau aku tahu pun? Apa yang pasti,
aku takkan jawab!
“It’s okay.
Sekarang you ada dengan I. I happy sangat,” ujar lelaki itu ceria semula suaranya. Dia
tersenyum sambil memandang ku sekilas.
“Jeremy, how old are
you exactly?” entah kenapa aku teringin mahu
tahu umur lelaki ini pula. Selama
ini aku memang tidak pernah mengambil tahu apa-apa tentang dirinya. Malah
tidak pernah terlintas keinginan mahu mengenalinya dengan lebih mendalam.
“39 years old. Old
enough, right?” Jeremy menjawab dalam senyuman manisnya.
Aku hanya membalas tawar. Tuanya? Aku dengan dia berbeza
empat belas tahun. Wow! Sepadan ke aku dengan dia ni? Kalau sekarang baru nak
belajar bercinta dengannya nanti bila aku kahwin dengan dia ni, berapa umur
dia? Bila dah kahwin ada anak, bila anak mahu masuk sekolah dia larat lagi ke
nak hantar anak ke sekolah? Atau dia sudah terlantar akibat strok? Eh! Jauhnya
fikiran aku merayau? Siapa pulak yang nak kahwin dengan lelaki ni? Dah sunat ke
dia ni yang aku dok fikir nak kahwin? Eeii.. Tolonglah!
Geli! Geli!
“You
lebih tua dari I 14 tahun. You sedar tak mungkin I ni tak cukup matang untuk
lelaki seusia you?” sengaja aku
menduganya dengan alasan itu. Bagus juga jika dia mahu menarik diri dari
memikat ku. Kalau dia faham aku sedang mengelak darinya itu lebih bagus!
“Umur tu cuma nombor, Darina. Manusia
memang semakin tua setiap hari. Apa yang penting perasaan yang I ada untuk you
ni,” jawab Jeremy langsung tidak
hairan dengan semua itu. Dia sempat meleparkan senyumannya saat menoleh kepada
ku.
“But to me, age is not
just a number, Jeremy..” keluh ku teramat perlahan. Hanya aku sahaja yang
mendengarnya. Hidup bukan semudah berlalunya beberapa angka seperti yang
dikatakan oleh Jeremy tadi. Hidup lebih dari itu..
“Pardon
me?”
Terus aku menoleh kepada lelaki itu dan menggeleng
perlahan menidakkan pertanyaannya tadi. Kemudian pandangan ku alihkan ke jalan
raya yang sedikit lengang di Seksyen 18 itu. Tidak banyak kereta di atas jalan
malam-malam begini. Akhirnya sehingga tiba di restoran kopitiam yang aku
maksudkan kami hanya berdiam. Setiba di restoran itu keadaan sedikit sesak.
Tetapi mujur sahaja pelayan menunjukkan sebuah meja yang agak tersorok dari
kawasan merokok dan kawasan itu sedikit lengang. Selesai membuat pesanan aku
memandang lelaki cina itu.
“Tentang hasrat you sebelum ni, I tak tahu nak cakap apa
dengan you sebenarnya. Tapi secara jujurnya I tak senang dengan you sebab I tak
suka mana-mana lelaki sentuh I macam yang you buat pada I sebelum ni. I rasa
you ni jenis lelaki yang tak hormat perempuan..” aku berterus terang sahaja
dengannya tentang pendirian ku mengenai dirinya.
Wajah Jeremy berubah sedikit setelah mendengar bicara ku
itu. Tetapi dia hanya diam tidak menjawab. Mungkin juga memberi peluang kepada
ku untuk meluahkan apa yang mahu aku katakan kepadanya.
“Jeremy, memang I study kat oversea sebelum ini tapi
pendirian I tentang lelaki langsung takde kena mengena dengan kenyataan itu. I
masih perempuan yang bermaruah dan I bukan jenis perempuan yang suka main-main
dengan lelaki. Bagi I lelaki ni memang rumit untuk ditangani. Dan pada masa
yang sama, I begitu sukar untuk melepaskan diri daripada lelaki. Tak mudah bagi
I meletakkan kepercayaan pada mana-mana lelaki termasuk you. I dah cukup jelas
tentang apa yang I mahukan daripada lelaki sebenarnya. Tetapi I tidak pasti
sama ada you mempunyai ciri-ciri tu."
“What
do you mean? Maksud you I ni tak
cukup bagus untuk berdampingan dengan you?” Jeremy lantas mencelah tanpa
menunggu aku habis berbicara.
“You memang lelaki yang sempurna pada luarannya. You ada
cukup material yang dimahukan oleh semua perempuan dan you juga good looking guy but…” aku sengaja tidak
menghabiskan bicara kerana aku masih tidak tahu ayat yang mana yang harus aku
luahkan kepadanya agar dia mengerti apa yang aku maksudkan.
“But
what?”
Di hati ku teralun keinginan memiliki seorang lelaki yang
sempurna pada pandangan mata perempuan ku. Macam Alex O’loughlin atau mungkin
yang seiras itu.. Eh! Kenapa muka lelaki kat Barakah tu jugak yang aku
bayangkan? Boleh blahlah dia tu! jerit hati ku marah kepada diri ku sendiri.
“I takde selera dengan lelaki. I lesbian..” akhirnya ayat
itu yang aku luahkan kepadanya. Entah kenapa aku luahkan sesuatu yang tidak
benar tentang diri ku. Padahal bukan itu masalah sebenarnya. Cumanya aku
merasakan dia bukanlah orang yang sesuai untuk aku berkongsi cerita tentang
siapa diri ku sebenarnya. Syarat pertama yang aku harapkan pada seorang lelaki
yang bakal menjadi suami ku langsung tidak tepat dengan lelaki ini. Syarat
pertama untuk menjadi suami ku lelaki itu mesti beragama islam yang diwarisi
dari kedua ibu dan ayahnya. Aku tidak mahu berkahwin dengan mualaf kerana aku
tidak mahu memikul tanggungjawab yang aku sendiri tidak mampu pikul. Kalau aku
sendiri pun sekadar islam hanya pada nama, layakkah aku mengislamkan orang
lain? Sudah tentulah tidak. Jadi lelaki ini sudah jelas terkeluar dari senarai.
“What?” jelas
sekali Jeremy amat terkejut dengan penjelasan pendek ku tadi.
“I suka perempuan, Jeremy. You dengarkan apa yang I cakap
tadi?” ucap ku kembali mengulang kenyataan tadi. padan muka kau!
“No,
I don’t believe you..”
Jeremy menggeleng enggan mempercayai apa yang aku katakan tadi. Hilang
keceriaan di wajahnya saat itu. Yang ada hanya ketegangan sahaja yang tinggal.
Aku tersenyum seketika. Sudah ku agak dia memang tidak
akan percaya. Tapi apa aku peduli? “Terpulanglah you nak percaya I atau tak.
Tapi yang jelasnya I tak boleh nak paksa diri I untuk terima lelaki sebab I
lebih suka kaum sendiri,” kata ku mudah.
“But why? I don’t
understand. You are beautiful woman. Kenapa
mesti you pilih jadi gay?” tekan Jeremy jelas sekali dia tidak berpuas hati dengan
pendirian ku. Dia seakan tidak percaya dengan pengakuan ku itu. Mungkin juga
dia sukar untuk menerimanya.
“Ini tak normalkan?” soal ku sinis dan sedikit jengkel.
“Of
course!” balas Jeremy
pantas dan agak keras. Bicara kami terhenti apabila seorang pelayan berbangsa
Burma datang membawa minuman yang kami pesan sebentar tadi. Setelah itu bola
mata ku kembali menadah renungannya kepada ku. Aku hanya tersenyum dan
menjungkit bahu sahaja. Perlukah aku menjelaskan kepadanya?
Jeremy menghela nafas keras. Tidak senang dia dengan
sikap ku yang begitu selamba sedangkan dia benar-benar serius.
“I ada alasan I sendiri kenapa I pilih untuk jadi macam
ni. Apa alasannya you belum berhak untuk ambil tahu. Cukuplah kalau you tahu
yang I memang tak pernah ada apa-apa impian untuk pergi sejauh itu dengan
mana-mana lelaki selama ini,” ucap ku tenang.
“I bukan orang yang pertama ditolak begini ke, Darina?”
“Maybe..” cukuplah dengan jawapan itu kerana aku tidak ingin
membuka lembaran lama mengenai Jabar dan lelaki-lelaki yang pernah cuba dekat
dengan ku ketika aku di universiti dahulu.
“Give
me a chance, dear. I akan cuba
ubah pendirian you tu..” pujuk Jeremy enggan mengalah begitu cepat. Serta merta
dia meletakkan tangannya di atas tangan ku. Namun tidak sampai beberapa saat
aku terus menarik tangan ku dari disentuh olehnya.
“You nak ubah pendirian I? Macamana?” balas ku sedikit
sinis. Aku lantas menggeleng dengan secangkir senyuman tawar. Cukuplah aku pernah
melihat sikap lelaki ini kepada ku suatu masa dahulu. Dia bukannya benar-benar
cintakan aku sebaliknya dia tergoda dengan apa yang aku miliki. Hanya itu!
Malah sebahagian dari diri ku agak pesimis tentang kewujudan cinta suci
sebenarnya. “Mustahil I akan letakkan kepercayaan pada lelaki yang melayan
wanita sekadar objek yang menggairahkan untuk disentuh dan dinikmati. Tidur
dengan you sekali dua itu bukan penyelesaian pada masalah naluri yang I hadapi
sekarang ni. Carilah orang lain yang lebih sepadan dengan you, Jeremy. Sebab
buat masa ini I belum terfikir untuk terlibat dengan mana-mana lelaki. I tak
berminat..”
“No! You tak
boleh judge I macam tu. You belum kenal siapa I lagi..” jeremy cuba untuk
menyangkal dakwaan ku tentang dirinya.
“You yang buat I kenal you macam tu. First impression itu pentingkan? Malangnya you buat I tak happy
dengan you,” balas ku semula.
Jeremy terkedu tidak mampu menolak kenyataan ku itu.
Namun erti kata putus asa masih tidak dikenalinya. Semenjak dari di restoran
itu sehinggalah kami tiba di taman permainan berhampiran dengan rumah ku Jeremy
asyik memujuk rayu sehingga aku naik muak melihat lelaki itu. Tidak tahu
bahasa! Dia memberhentikan kereta di hadapan taman itu. Walaupun pelik namun
aku tidak mempersoalkan tindakannya itu kerana rumah ku hanya beberapa meter
sahaja dari taman itu.
“Cukuplah, Jeremy. You nak I cakap macamana lagi baru you
nak faham?”
“Just one chance..
I’m beging you, Darina. I betul-betul sukakan you,” rayu Jeremy lagi.
Aku mendegus keras kerana sudah teramat bosan dengan
telatah lelaki ini. Semakin aku berkata tidak semakin itulah dia merayu. Entah
apa lagi ayat yang harus aku luahkan supaya dia mengalah sahaja. Aku
benar-benar tidak mahu dia mengharap kepada ku. Atau dalam erti kata lain aku
tidak mahu dia menganggu hidup ku lagi!
“Look
at me, dear...” Jeremy dengan
berani menarik wajah ku agar memandangnya. “I’ll
do anything for you. You nak apa aja, you cakap. I boleh belikan you kondo
kalau itu yang you nak. Atau you nak kereta?”
“I bukan perempuan materialistik! You jangan ingat you
boleh beli hati I dengan pemberian macam tu. Cukuplah! I dah tak mahu cakap
pasal ni lagi..” tegas ku geram.
“I
can’t stop thinking about you..”
“Kenapa I? Banyak lagi perempuan kat luar sana yang
sanggup buat apa aja untuk you. You ni dah salah oranglah, Jeremy,” tekan
ku sudah tidak senang dengan pujuk rayunya. Bosan!
“No! you
takkan tahu selagi you tak beri I peluang. Please.. sekali saja. I tetap nakkan
you,” pujuk sang lelaki lagi namun aku tetap menggeleng.
Jawapan ku masih juga tidak!
“Darling..
look at me, please..”
“I dah takde apa nak cakap lagi. Lepaslah!” tegas ku sudah
rimas tahap kronik dengan lelaki ini. Tak faham bahsa ke dia ni?
“One
chance.. please..” pujuknya
cukup mengharap. Wajah ku terus dipegangnya enggan membiarkan aku memandang ke
arah lain.
“No!
Jeremy, I tak bo.. Oh! My god!! What are
you doing?Jeremy!!!!!” aku menjerit
sekuat-kuat hati ku sekalian itu aku menolak tubuh lelaki itu agar menjauhi ku.
Tidak berjaya dengan menolaknya aku memukulnya agar dia
melepas ku. Mujurlah aku sempat mengelak dan bibir lelaki itu yang cuba
disasarkan ke arah bibir ku sebaliknya terbenam di pipi ku. Akibatnya kami
bergelut di situ. Dia terus memeluk ku dan aku pula cuba melepaskan diri.
“Stop
it!!!!!!” sekali lagi aku
memekik sekuat-kuat hati ku bagi mengelak dari perlakuan kurang ajar lelaki
itu. Tubuhnya ku tolak sekuat-kuat hati ku biarpun dia enggan melepaskan aku.
Seketika kemudian tiba-tiba aku dikejutkan dengan
dentuman kuat dan kaca dari tingkap kereta bertebaran masuk ke dalam kereta
itu. Kami sama-sama terkejut. Saat itu juga pelukan Jeremy terlepas
serta-merta. Tubuh Jeremy ditarik seseorang dari luar melalui tingkap yang
pecah itu. Dalam keadaan kelam kabut itu aku lihat lelaki Cina itu sudah berada
di luar keretanya. Ada seseorang bersamanya dan dalam kesamaran cahaya bulan
aku lihat Jeremy terhoyong-hayang entah kenapa. Dalam keadaan terkejut dan
takut aku lantas keluar dari kereta itu. Saat di luar barulah aku tahu bahawa
Jeremy sedang dibelasah oleh seorang lelaki lain. Dek kerana masih takut dan
terkejut aku segera mengasingkan diri dari dua lelaki itu.
“Kurang ajar!!! Apa kau nak buat pada dia ha? Berani kau
usik dia!!!!” herdik lelaki itu hilang sabar. Aku hanya mampu memandang kerana
aku benar-benar tidak tahu apa yang harus dibuat saat itu. Jeremy langsung
tidak mampu membalas keperkasaan lelaki itu. Dia hanya mampu menadah dirinya
untuk dihukum oleh lelaki itu. Hingga akhirnya apabila dia jatuh tersandar ke
pintu keretanya Jeremy lantas merebut peluang itu untuk melarikan diri.
Lelaki itu menendang pintu kereta lelaki itu berkali-kali
sebelum kereta merah itu berlalu pergi dengan pantas. Aku pula? Terpaku di situ
menahan gentar kerana jika sebentar tadi aku berduaan dengan Jeremy kali ini
aku dengan lelaki yang tidak aku kenali pula. Semakin gentar apabila aku lihat
dia cuba mendekati aku. “Jangan dekat!!!” jerkah ku pantas. Bergetar suara ku
menahan rasa takut melihat bayang lelaki itu. Kalau boleh aku mahu melarikan
diri namun dia berdiri di hadapan ku dan menghalang laluan untuk ke rumah ku.
“Jangan takut. Abang takkan apa-apakan adik..” pujuknya
dalam pada dia cuba juga untuk mendekati ku. Namun langkahnya terhenti apabila
aku semakin berundur ke belakang enggan dihampiri olehnya. “Adik tak nak buat
report polis ke?” soalnya.
“Jangan dekat! Saya jerit nanti kalau awak cuba
apa-apakan saya!” ugut ku dalam keberanian yang tidak seberapa. Saat ini aku
sudah seperti mahu menangis. Aku sedar aku masih belum selamat sepenuhnya.
Melihat dia semakin mendekati aku semakin takut.
Lelaki itu akhirnya terpaku di tempatnya. “Abang cuma nak
tolong adik aja. Abang bukan orang jahat. Apa kata adik buat report polis
tentang tadi tu?” luah lelaki itu cuba meyakinkan ku.
“Saya tak mahu buat report polis. Saya cuma nak balik.
Tolong jangan apa-apakan saya..” ucap ku tetap enggan didekati oleh dia.
Wajahnya gagal ku lihat kerana kawasan itu agak gelap. Saat itu aku sememangnya
sudah tidak ingin mengenali dia siapa sebaliknya aku mahu lekas balik ke rumah.
Setelah apa yang berlaku aku tidak mampu meletakkan kepercayaan kepada sesiapa
pun termasuklah lelaki ini biarpun dia sudah membantu ku. Manusia di atas dunia
ini ada berbagai topeng yang menyukarkan aku melihat siapa mereka sebenarnya.
“Okay! Kalau adik nak balik pergilah balik. Tapi hati-hati.
Jangan ikut lelaki yang tak dikenali lagi. Bukan selamanya kita akan bernasib
baik seperti hari ni..” pesan lelaki itu lembut.
Namun aku terus terpaku di situ. Aku takut kerana untuk
pulang aku harus melintasinya. Aku bimbang dia akan menangkap ku apabila aku
berdekatan dengannya. “Kenapa?” lelaki itu menyoal aku kehairanan.
“Tepilah! Macamana saya nak balik kalau awak berdiri kat
situ? Saya tak mahu dekat dengan awak! Semua lelaki tak boleh percaya!
Termasuklah awak!” tekan ku. Namun nada ku bergetar.
“Baliklah. Abang takkan apa-apakan adik. Bukan semua
orang jahat dalam dunia ni..” balas lelaki itu cukup lembut
“Tapi saya tak kenal awak!” bentak ku.
“Okaylah. Kalau adik nak balik, baliklah. Cuma lain kali
jangan ikut orang yang sembarangan naik kereta macam tadi tu. Bahaya! Kalau dah
berdua-duaan dalam kereta memang senang dia nak buat apa-apa,” pesan lelaki itu
sambil meminggirkan dirinya agak jauh agar aku dapat berlalu segera.
Tiada kata yang aku luahkan. Hanya kelegaan yang aku
rasakan saat ini sehingga aku terlupa untuk mengucapkan terima kasih kepada
lelaki itu sebelum berlalu. Hanya setelah tiba di rumah barulah aku menyedari
ketelanjuran ku itu. Betapa sombongnya aku kepada lelaki itu sehingga
bantuannya yang telah menyelamatkan maruah ku tidak aku hargakan biar sedikit
pun. Kini aku mula dihambat rasa kesal!
Di dalam bilik aku hamburkan segala perasaan ku dengan
tangisan. Pipi yang masih berbekas ciuman lelaki itu ku sapu dengan kasar.
Betapa jijiknya aku dengan diri ku ini. Semudah itu sahaja aku dapat disentuh
oleh lelaki seperti Jeremy. Betapa bodohnya aku kerana mengikutnya. Sangka ku
apabila dia berjanji tidak akan mengulangi lagi perbuatannya sebelum bermakna
dia sudah berubah tetapi kalau sudah biasa makan bangkai tidak dapat makan
mencium baunya pun jadilah! Begitulah busuknya lelaki bernama Jeremy itu.
Tetapi salah ku juga. Aku sudah tahu dia lelaki persis apa tetapi aku tetap
juga memperbodohkan diri ku untuk mengikutnya. Aku sendiri yang menempah susah
sebenarnya. Mujurlah ada lelaki yang mengaku dirinya sebagai ‘abang’ tadi. Kini
sedikit sebanyak aku kenali diri ku tidaklah seteguh mana. Masih juga terlayu
dengan pujukan lelaki seperti Jeremy.
Puas menangis aku akhirnya berlalu ke bilik air. Tubuh
yang sedikit kelesuan ku segarkan di bawah pancuran air. Namun fikiran ku masih
tidak lepas memikirkan tentang peristiwa tadi cuma kali ini bukan Jeremy lagi
yang aku fikirkan.
Saat itu fikiran ku mula penuh dengan bayangan lelaki
itu. Siapa dia? Ah! Sayangnya aku tidak nampak rupanya tadi. Dari gaya
percakapannya dia seorang lelaki yang lembut. Mungkin juga niatnya baik mahu
membantu ku. Jika tidak takkanlah dia boleh membenarkan aku pulang begitu
sahaja. Malah aku tidak berterima kasih kepadanya pun dia tidak berkata
apa-apa. Ah! Menyesal pula aku melayannya seperti itu.
Darina, tadi kata tak percaya lelaki? Sekarang ni apa
pulak? Yang seorang lagi tu pun lelaki juga.. hati ku mula mengingatkan diri ku
yang mula terlalai lagi. Menyedari aku mula tersasar jauh lantas aku mencapai
krim mandian di tepi. Soal Jeremy atau tentang lelaki misteri itu habis ku
singkirkan dari benak ku..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan