Nur Insyirah adalah seorang gadis kelahiran, Felda
Selanchar. Tamat SPM dengan kecemerlangannya dia mendapat tajaan untuk membuat
A Level di UK. Bagi Insyirah dia menggalas harapan sang ayah yang berharap agar
dia dapat mengubah nasib keluarga dengan pendidikan. Pakcik Syawal hanya seorang pekebun yang mengusahakan kebun
sawit. Hidup mereka hanya sederhana tetapi bagi Pak Syawal dia mahu anak-anak
berjaya di dalam pelajaran. Bukannya mewarisi kerja sepertinya yang tidak memerlukan
pendidikan. Pak Syawal mahu anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.
United
Kingdom, bumi itu asing bagi Insyirah. Semuda itu dia menongkah arus merentang
badai sendirian di bumi penjajah itu. Takdirnya tertulis apabila dia dianaiya
oleh rakan seuniversiti ketika di tahun pertama hingga menyebabkan dia terpaksa
mengahwini anak lelaki ternama berasal dari Swisszerland itu.
Estaban Joseph Buhler, lelaki kaya namun dia kufur dengan nikmat
yang diberikan kepadanya. Lelaki itu tidak suka beragama malah tidak percaya
kepada Tuhan. Namun di atas kesilapannya dia akhirnya terpaksa akur dengan
kuasa yang tiada di tangannya. Dia ‘terpaksa’ memeluk agama islam dan
mengahwini gadis yang yang sudah hamil akibat perbuatan durjananya. Sebagai
ayah Cristopher Buhler tidak rela pewaris kekayaan keluarga yang bakal lahir
menjadi ‘anak haram’ dan tidak berayah. Lalu dia memaksa Estaban
bertanggungjawab. Paksaan itu telah membawa satu revolusi di dalam hidup lelaki
itu. Nama sahaja dia orang islam namun jiwanya melakukan penentangan terhadap
agama islam dengan sengaja melakukan lebih banyak kemungkaran.
Tetapi Janji
pada-NYA
telah membuatkan Insyirah kebal dengan segala kepayahan yang dilaluinya.
Baginya biar apapun yang terjadi Estaban Buhler harus mengakui dirinya adalah
Muhammad Ariff Buhler dan bukan lagi Buhler atau Estaban. Insyirah tidak ingin
patah semangat dalam mendidik akidah Ariff dan menghalang Ariff daripada murtad
semula. Namun terdayakah dia mengislamkan suaminya yang angkuh itu? Mampukah
dia menahan gelora hati apabila melihat suami semakin jauh dari landasan akidah?
Bagaimana pula dengan kehidupannya setelah itu? Semuanya bukan mudah namun
janji-Nya semua yang berlaku ada hikmahnya.
kesian insyirah...
BalasPadamhm...nk kna mula bc ni
BalasPadam