Rabu, 7 Ogos 2013

Sinopsis 'Janji Pada-Nya'

Nur Insyirah adalah seorang gadis kelahiran, Felda Selanchar. Tamat SPM dengan kecemerlangannya dia mendapat tajaan untuk membuat A Level di UK. Bagi Insyirah dia menggalas harapan sang ayah yang berharap agar dia dapat mengubah nasib keluarga dengan pendidikan. Pakcik Syawal  hanya seorang pekebun yang mengusahakan kebun sawit. Hidup mereka hanya sederhana tetapi bagi Pak Syawal dia mahu anak-anak berjaya di dalam pelajaran. Bukannya mewarisi kerja sepertinya yang tidak memerlukan pendidikan. Pak Syawal mahu anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat.
United Kingdom, bumi itu asing bagi Insyirah. Semuda itu dia menongkah arus merentang badai sendirian di bumi penjajah itu. Takdirnya tertulis apabila dia dianaiya oleh rakan seuniversiti ketika di tahun pertama hingga menyebabkan dia terpaksa mengahwini anak lelaki ternama berasal dari Swisszerland itu.
Estaban Joseph Buhler, lelaki kaya namun dia kufur dengan nikmat yang diberikan kepadanya. Lelaki itu tidak suka beragama malah tidak percaya kepada Tuhan. Namun di atas kesilapannya dia akhirnya terpaksa akur dengan kuasa yang tiada di tangannya. Dia ‘terpaksa’ memeluk agama islam dan mengahwini gadis yang yang sudah hamil akibat perbuatan durjananya. Sebagai ayah Cristopher Buhler tidak rela pewaris kekayaan keluarga yang bakal lahir menjadi ‘anak haram’ dan tidak berayah. Lalu dia memaksa Estaban bertanggungjawab. Paksaan itu telah membawa satu revolusi di dalam hidup lelaki itu. Nama sahaja dia orang islam namun jiwanya melakukan penentangan terhadap agama islam dengan sengaja melakukan lebih banyak kemungkaran.
Tetapi Janji pada-NYA telah membuatkan Insyirah kebal dengan segala kepayahan yang dilaluinya. Baginya biar apapun yang terjadi Estaban Buhler harus mengakui dirinya adalah Muhammad Ariff Buhler dan bukan lagi Buhler atau Estaban. Insyirah tidak ingin patah semangat dalam mendidik akidah Ariff dan menghalang Ariff daripada murtad semula. Namun terdayakah dia mengislamkan suaminya yang angkuh itu? Mampukah dia menahan gelora hati apabila melihat suami semakin jauh dari landasan akidah? Bagaimana pula dengan kehidupannya setelah itu? Semuanya bukan mudah namun janji-Nya semua yang berlaku ada hikmahnya.

2 ulasan: