Rabu, 21 Ogos 2013

Teaser

“Tak perlu berkorban lagi, Ariff. Saya dah takde apa-apa lagi yang nak diserahkan pada awak. Jiwa saya tak pernah ada untuk awak selama ini. Hidup dengan saya awak akan tersiksa. Saya relakan awak memilih perempuan lain yang mampu memberi awak kebahagiaan.” ujar ku hambar.
“Syira, sekali saja lagi. Tolonglah. Saya sayangkan awak dan anak-anak saya. Jangan buat macam ni pada saya.” Ariff tidak segan-segan mengucup jemari ku berkali-kali.
“Saya tak mampu lagi, Ariff.” kata ku lantas menarik semula jemari ku darinya enggan membiarkan dia melemahkan jiwa ku.
“Saya akan bahagiakan awak sepenuh kemampuan saya, sayang. Saya berjanji akan berubah. Saya takkan minum arak lagi. Saya akan bersolat dengan awak setiap hari. Saya sudah insaf, Syira. Jangan hampakan harapan saya. Saya tak boleh hidup sendiri tanpa awak. Saya akan semakin tersesat. Tolonglah saya, Syira. Jangan biarkan saya sendirian. Saya mahu awak menemani saya sehingga saya mati suatu hari nanti.”
“Jangan berubah kerana saya, Ariff. Berubahlah kerana ALLAH. Saya cuma manusia biasa. Tiada siapa yang boleh menjamin saya akan terus bersama awak kerana hidup kita milik ALLAH.”
“Saya tahu, sayang. Tetapi perpisahan kita banyak menyedarkan saya selama ini. Semenjak awak pergi dulu hidup saya bagaikan hancur. Saya rasa terlalu sunyi dan kosong. Setiap kali saya pulang ke rumah jiwa saya hanya ada kehampaan. Saya rasa seperti mahu mati saja kerana saya merasakan saya sudah tiada apa-apa lagi. Hidup saya tiada erti. Tetapi saya sedar perbuatan itu hanya sia-sia dan saya sudah berjanji takkan mengambil pil lagi untuk meluahkan perasaan saya. Saya hanya mahu meminta awak kembali semula ke London tetapi saya malu pada awak dengan keadaan diri saya begini. Setiap hari hati saya merintih kerana saya terlalu rindukan awak dan anak-anak saya. Saya tahu saya tak mampu bertahan lagi. Suatu malam saya ke kelab lagi untuk meredakan perasaan saya. Saya di sana melayan rasa kecewa dengan perempuan-perempuan di sana. Tapi semuanya sudah tidak sama lagi seperti sebelum ini. Saya amat tersiksa sekali apabila kehilangan awak dan anak-anak saya. Sampai ke pagi saya di sana menghabiskan masa dengan minum arak. Tapi bila saya balik saya teringin untuk berjalan kaki pulang ke rumah. Berada di kelab itu sebenarnya tidak membuatkan jiwa saya aman sebaliknya semakin tertekan. Saya fikir saya akan dapat meredakan perasaan saya dengan berjalan-jalan di luar. Sewaktu saya berjalan di hadapan masjid saya terdengar suara orang yang melaungkan sesuatu. Saya berada di hadapan masjid itu mendengar laungan itu dan saya melihat ramai orang masuk ke masjid itu. Tiba-tiba hati saya jadi terlalu sedih. Saya seperti mahu menangis mendengar laungan itu. Saya mahu meluahkan perasaan saya tapi bagaikan tiada tempat untuk saya mengadu. Saya rasa sayu yang tidak mampu diucapkan. Sungguh bodoh kerana selama bertahun-tahun ini saya bukan seorang penganut agama islam yang baik.” Ariff terhenti seketika. Dia menyapu pipinya menghilangkan kesan air matanya.
Baru aku perasan ada manik jantan yang mengalir di pipinya. Sayu hati ku melihat suami ku ini. Sangka ku dia akan bahagia dengan hidupnya kerana aku sudah tiada lagi untuk membebelkan sikapnya selama ini. Aku tidak sangka dia akan teraba-raba mencari arahnya setelah aku tiada.
“Saya berdiri lama di hadapan masjid itu dan memandang ke arah masjid itu untuk mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh orang itu. Saya baru faham laungan itu adalah laungan yang memanggil orang untuk bersolat. Kemudian saya teringat awak sering bersolat pada awal pagi. Saya yang tak pernah melakukannya setiap kali awak mengajak saya mengerjakannya. Tiba-tiba ada seorang lelaki tua menepuk bahu saya dari belakang. Dia bertanya adakah saya orang islam dan saya katakan ya. Dia mengajak saya bersolat berjemaah bersama-sama.”
Ariff diam lagi. Dia tunduk sedikit.
“Saya katakan padanya yang saya tak tahu bersolat. Dia agak terkejut mendengar itu. Saya malu kepadanya. Tetapi dia tetap mengajak saya masuk ke dalam masjid itu untuk mengikuti jemaah yang sedang bersiap mahu bersolat. Tapi saya menolak. Saya katakan pada dia yang saya dalam keadaan yang kotor. Saya tak layak masuk ke sana. Tetapi lelaki itu tak menghiraukan apa yang saya katakan. Dia tetap menarik tangan saya masuk ke dalam. Kemudian dia memberikan saya sehelai tuala yang bersih. Katanya tiada kotoran yang tidak dapat dibersihkan dan tiada dosa yang tidak akan diampunkan Allah dengan syarat kita akan membersihkan dosa-dosa kita dengan meminta ampun dan bertaubat. Katanya Allah Maha Penerima taubat.”
Aku semakin berminat mendengar cerita Ariff itu.
“Kemudian apa berlaku?” soal ku tidak sabar.
“Dia mengajar saya mandi taubat sebagai permulaannya. Saya akur dengan apa yang dia ajarkan. Di masjid itu saya mandi taubat dan membersihkan diri. Kemudian lelaki tua itu memberi saya persalinan yang bersih dan meminta saya memasuki jemaah yang sudah siap untuk memulakan solat. Katanya buat permulaan saya hanya perlu mengikut sahaja apa yang orang lain lakukan. Saya mengambil tempat di belakang sekali. Saya hanya menuruti apa yang orang lain lakukan sehinggalah selesai. Saat memandang mimbar itu saya terasa diri saya begitu hina sekali. Saya melihat mereka semua khusyuk membaca doa sedangkan saya tidak tahu bagaimana untuk berdoa seperti mereka. Saya seorang lelaki yang beragama islam. Tetapi saya bodoh dan tidak tahu apa-apa mengenai agama islam. Saya benar-benar rugi. Setelah itu lelaki tua tadi datang kepada saya. Dia mengajak saya duduk di hadapan mimbar apabila masjid itu menjadi kosong. Saat itu lelaki tua itu bertanya kepada saya macam-macam perkara mengenai diri saya. Saya terpaksa menceritakan kesemuanya. Lelaki tua itu agak terkejut apabila mendapat tahu yang saya sudah enam tahun menjadi orang islam tetapi masih tidak tahu bersolat. Tetapi saya hanya jujur kepadanya, yang saya memang tidak pernah berminat untuk mendalami agama islam selama ini walaupun awak selalu mengingatkan saya mengenai tanggungjawab saya. Saya adukan apa yang saya rasai saat itu kepada dia. Dia menasihati saya supaya memulakan perubahan jika saya mahu Allah membantu saya. Dia meminta saya mulakan dengan solat taubat. Dia juga berjanji akan mengajar saya.”
Ariff terhenti lagi. Dia kemudian memandang ku.
“Orang tua itu bernama Pakcik Umar. Dialah yang banyak mengajar saya selama ini, Syira. Dalam tempoh hampir dua tahun ini dia mengajar saya cara untuk bersolat dan mengaji Al Quran. Setiap petang saya akan belajar agama dengannya sehingga ke malam. Kali ini saya bertekad untuk berubah untuk menjadi orang islam yang sebenar-benarnya. Saya lakukannya kerana diri saya kerana saya sudah sedar tiada kebahagiaan yang akan saya miliki melainkan dengan kuasa Allah.” ujar Ariff sebak.

“Setelah saya mencuba untuk bersolat ternyata saya akui apa yang awak katakan kepada saya selama ini benar belaka. Pertama kali saya cuba melakukan solat itu adalah solat taubat. Saat itu saya menangis di dalam solat entah kenapa. Saya rasa amat sedih dan sayu seolah-olah Tuhan sedang berada begitu dekat dengan saya dan saya mampu merasakan yang Allah sedang melihat saya. Pada saat saya terasa bersendirian, Allah ada menemani saya dan mendengar kepada saya. Jiwa saya jadi sungguh aman selepas bersolat. Saya rasakan segala beban saya terlepas setelah saya mengadu segala isi hati saya kepada Allah. Pertama kali di dalam hidup saya saya merasakan hidup saya amat bererti sekali. Saya rasa amat kerdil sekali saat saya memohon ampun kepada Tuhan atas segala dosa-dosa saya selama ini. Sungguh ajaibnya solat itu setelah saya melakukannya saya bagaikan diberikan sedikit kekuatan untuk menempuh hidup ini. Saya orang yang hina dan tiada orang yang memberitahu saya yang Allah sedang memandang saya. Tetapi saya tetap merasainya biarpun Allah juga tidak pernah memperlihatkan dirinya di mana-mana. Perasaan itu sungguh ajaib dan saya tak mampu menafsirkannnya dengan kata-kata yang biasa.”

6 ulasan:

  1. ikot hati nak goda lagi
    xsanggup pulak nk berpisah dgn cite
    windu dgn si kembar rafael & mikael

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insya-Allah..doakan dlm versi cetak pula ya. tq..

      Padam
  2. eh akak meh saya goda pulak.. teaser kena cukup 3 kali selalunya.. haha! one more darling?? kenyit mata sikit muncung itik.. (^_0)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum... mcam xpuas plk crite ni... ada 2crite je

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum... mcam xpuas plk crite ni... ada 2crite je

    BalasPadam